Wednesday, July 28, 2010

Printing on canvas

Bosan dgn print gambar atas kertas A4 sahaja? Printlah atas gambar. Search jer kat google Print on canvas dan option web from malaysia korang akan jumpe online site seperti http://www.mycanvasprints.com.my/, http://www.printpower.my/print_canvas.html, http://www.profotomalaysia.com/ dan lain2. harga ditawarkan juga berbeza dan tentu agak mahal.

Semalam aku ada jumpa tawaran kos untuk canvas printing yang agak murah dalam facebook. Mungkin sebab dia buat sendiri dan cara kecil-kecilan. Nak lihatnya boleh lihat dalam profile ni http://www.facebook.com/yatiekas dan cari photo album The Perfect Canvas 


Wednesday, July 14, 2010

iPhone 4



inilah phone yg ku tunggu2, iphone 4. Pakej lengkap bukan sekadar touch phone biasa.
Ia kini dilengkapi FaceTime atau video call. Sebab antara reason aku tak suka iphone dulu sebab tiada video call.

Tuesday, July 13, 2010

Kasut kerja

Kasut aku terbaru dari King's. Cantik kan? Boleh la buat kasut kerja selain safety boot. Ada anti static, besi atas bawah dan tak masuk air.
Memang sesuai sekali untuk aku sebab biasa aku beli kasut kerja pakai tak sampai setahun dah lunyai.

More info pasal kasut aku ni
http://www.kingshoe.com.sg/ProductList.aspx?type=1&range=82&prd=237

Monday, July 12, 2010

Easy RHB

Pernah nampak sign ini? Sekarang dah ada di merata-rata tempat. Cara baru untuk RHB mempromosikan produknya.(ini bukan tujuan promosi tapi personnal sharing)
Sabtu lepas aku pergi Tesco Extra Cheras dan adalah satu easy RHB ni kat situ. Saja nak test market aku cuba apply untuk Personal Loan sebab diorang kata boleh tahu loan lulus @ tak masa itu juga dan hanya memerlukan IC dan kad kredit. Boleh apply 3 kali limit kad kredit. So aku pun cuba.
Tak sampai 15 minit selepas isi borang keputusan terus keluar. Memang cepat dan aku rasa ini paling cepat pernah aku jumpa. Duit pula kalau kita confirm nak apply, masa itu juga dapat tapi kena buat akaun baru kerana dia akan bagi buka satu akaun saving baru dan satu debit kad. Duit itu akan disburment kat dalam kad masa itu juga. WOW
Tak percaya CUBALAH.

Tuesday, July 06, 2010

Langkah kanan

harini memang rezeki aku..
pagi-pagi ingat malas nak pergi sarapan tapi dapat call dari en.bad ex-officemate IBS ajak bersarapan. Kena la gi sarapan gak tapi bila nak bayar dia nak belanja. Alhamdulillah.
Tenghari aku gi site LHDN Pandan Indah
diorg lak buat majlis kesyukuran. Kesyukuran ada staff dept diorg dpt anugerah cemerlang. siapa org tu aku tak peduli. yg penting aku dijemput makan sekali .
memang langkah kanan.

ceritera