Wednesday, January 26, 2011

My GT128

Akhirnya satu keputusan berat harus dibuat. Aku terpaksa menjual Yamaha SS110 ku yg telah banyak berjasa. Tapi apakan daya hidup mesti terus.
Motor SS aku telah trade-in dengan motor Modenas GT128. Value untuk SS aku kedai amik RM600 bolehla kurangkan harga motor baru iaitu RM5600 jadi aku kena bayar RM5000 shj.
Bukan nya tak mahu simpan SS tu, tapi SS tu dah teruk sangat conditionya. Lagipun aku tinggal kat apartment lagi susah nak maintain. Jadi keputusan terbaik jual saja. Lama juga aku pakai motor tu, iyelah dari zaman belaja tahun 2000 hingga 2011.
Beli motor baru tak lama menunggu macam beli kereta. Bayar deposit harini, esok motor dah boleh keluar. Memang sangat cepat.

 motor masa kat kedai lg

ceritera