Tuesday, June 14, 2011

Jalan2 Cameron 2011

Pada sabtu 11Jun2011 aku beserta family wife aku telah pergi jalan2 ke Cameron Highland. Konvoi sebanyak 4 kereta (Exora, Persona, Wira dan Avanza). Kitaorg berkumpul di RnR Rawang jam 8pagi memandangkan keluarga sebelah wife aku bertolak dari Port Dickson.
Aku yg membawa Exora memang full pack dengan 4 dewasa 4 budak 1 baby. Tapi exora tetap gah mendaki ke Cameron melalui exit Tapah di PLUS highway. Stability dan conering kereta Exora memang layan. Sebab aku manual jadi tak susah utk drop gear mendaki bukit di selekoh.
Kitaorg tidur di Hotel Equitorial yang mana berdekatan dengan Straberry Farm dan juga Flea MArket. Memandangkan minggu tu adalah minggu terakhir cuti sekolah jadi memang ramai orang yg mengambil kesempatan berjalan disana.
Waktu malam tidak sah kalau tidak berkunjung ke pasar malam berincang. Selain makanan souvenir boleh didapati disini. Keluasan pasar malam juga sudah bertambah dibanding semasa kami datang pada tahun 2008.
Kami juga melawat ke BOH Sungai Palas Plantation. Dah jadi antara tempat wajib untuk dilawati.
Sebelum balik kami singgah ke Cameron Bharat untuk menikmati pemandangan lereng bukit ladang Teh. Tempat ni pun dah maju dimana lebih banyak parking kereta disediakan.
Cameron Highland masih lagi releven untuk dijadikan tempat cuti2 Malaysia kerana banyak tempat menarik untuk dilawati dan kemudahan diperbaiki dari semasa ke semasa

ceritera