Thursday, December 19, 2013

Happy Besday Khalis

Ahad lepas 15 Dis 2013 genap 3 tahun anak aku yg ke 3 Khalis Nazmi..









Jalan2 Pantai Timur

Minggu lepas drp Rabu 11/12/13 hingga Sabtu 14/11/13 aku bersama adik beradik berkonvoi jalan2 pantai timur Kota Bharu - Kuala Terenganu.
Konvoi 3 pesawat terdiri drp Exora(aku), GrandLivina(angah) dan Alza(uda). Bergerak drp umah aku kt KL. Diorg dtg dulu umah aku drp JB. Dan seorang rakan Exora aku follow sekali sebab dia pun nak balik ke kampung dia di Tumpat
Awalnya macam nk kensel sbb minggu sebelumnya kan Terengganu Pahang kene bah. Tapi alhamdulillah minggu kami pergi ni kebanyakn kawasan dah reda terutama route perjalanan kami yg tidak melalui kawasan banjir.
Perjalanan ikut jalan Kuala Lipis- Gua Musang ke Kota Bharu. Drp Kota Bharu kami ikut laluan pantai ke Kuala Terenganu. Drp KT kami ikut pantai separuh sampai Paka kami masuk jalan Jerangau-Jabor. Disebabkan ada laluan itu adalah laluan yg terkene tempias banjir jadinya jalan banyak gak rosak..
Di Kota Bharu kami menginap di Nora Homestay dua malam rm150/malam. Rumah SemiD yg masih cantik lengkap keperluan utk memasak dan ada mesin basuh automatik. Jarak ke Wakaf Che Yeh pun dalam 300 meter.
Di Kuala Terengganu lak kami menginap di Homestay Su di Kampung Merbau Patah, haa tak jauh drp bandar Kuala Terengganu dekat nak pergi ke Masjid Kristal. Rate rm150/malam. Ini pun SemiD lagi besar drp yg di KB.
Antara aktiviti di KB - pergi ke Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Pantai Seri Tujuh, Pantai Cahaya Bulan.
Aktivit di KT - Pasar Payang, I-City, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Masjid Terapung.

Macam biasa aku bukan rajin nak maik gambar sangat ni jer laaa gamba yg ada utk tatapan. heheheh

Pengkalan Kubor

Pantai Seri 7

Pasar Payang - Siang

Wayang Kulit di Pasar Payang - malam



I-City Kuala Terengganu

Masjid Terapung



ceritera