Tuesday, December 16, 2008

musim org kawin

cuti sekolah hujung tahun adalah musim org kawin
ini termasuk kawan2 ku yg nak mendirikan masjid

22 nov 2008 - pipiesumanti -hulu langat / pergi
29 nov 2008 - lucyanti - bdr tasik puteri / pergi umah lelaki
13 dis 2008 - anne (kwn bini aku) - dewan pkns kj / pergi
14 dis 2008 - amoi (kwn bini aku) - dewan MPS / pergi
21 dis 2008 - waheeda (kwn bini aku) - seremban
21 dis 2008 - harsan (kwn bini aku) - kuala kangsar
25 dis 2008 - syefa - pj
27 dis 2008 - faried - jb
27 dis 2008 - auntie aku - jb
28 dis 2008 - aizudin - putrajaya

Tuesday, October 21, 2008

Minggu yg penat

hujung minggu yg penat dari sabtu sampai isnin semalam
sabtu pagi2 dah tolong wife aku masak family dier dari PD nak datang pastu pukul 10 aku kena gerak ke TNB berkumpul sebelum pergi ker majlis perkahwinan dimana group kami akan membuat persembahan gamelan di USJ5. balik jer dari main gamelan ptg tu aku ada open house di bangi rumah kawan Uniten (ina). jumpa faizawati, toman, nija dan tokwan. abg ina, zul pun ada gak lps balik tu malam family wife aku ajak lak pergi beraya ker rumah saudara di kajang malam pukul 11 baru sampai rumah
ahad pagi2 berkemas rumah tolong sket2 wife aku masak lagi. lps tu aku pergi ke TNB sekali lagi kali ini ada persembahan gamelan di Plaza alam sentral shah alam.ptg blk kemas2 rumah lak ada member wife aku nk dtg malam aku pergi ambil makcik aku kat komuter bdr tasik selatan. dier dtg utk pergi konvo anak dier di UPM esoknya
isnin pagi2 pukul 545 dah bangun tolong wife aku masak sarapan. lps tu aku mngantar makcik aku ke UPM dan aku pun lepak sana sekali. pum pam pum pam pukul 3 aku baru blk rumah
ptg pukul 415 hantar mereka ke komuter blk bas pukul 8 tapi diorg nak pergi awal taknak bersesak dlm komuter clash dgn org blk kerja. malam pergi beraya kat UK perdana rumah kak aiza lak pukul 1030 baru sampai rumah. kemas sket2 terus booomm

Thursday, October 16, 2008

Bergamelan

puasa haritu memang pulun habis main gamelan dlm sebulan puasa jer boleh dpt 1k++ sorang saper taknak..... bolehla buat duit raya. nak tunggu bonus opis memang lambat thn depan baru dapat itupun kalau ada.

ni pun lepas raya masih ada lg panggilan untuk buat show. setiap ahad (12,19,26 okt) kitaorg main gamelan kat plaza alam sentral. sabtu ni 18hb10 ada main untuk majlis perkahwinan. so sapa2 nak kahwin kalo nak lagi meriah jemputlah kami bayaran tak mahal dlm RM1500-RM2000 jer

alhamdulillah boleh laa dijadikan kerja part time mungkin ni laarr dikatakan rezeki anak2

Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya




rasanya belom terlambat utk mengucapkan selamat hari raya!!!!.
tahun ni aku beraya di kg eja dulu di lukut pd. dan tahun ini aku beraya 4 org aku eja kelly n kyra.pagi2 g sembahyang raya makan2 bermaafan dan amik2 gambar terus kemas2 nak blk kg aku plak di pontian johor

bersama keluarga aku


bersama keluarga ku

Friday, September 19, 2008

Bergamelan





Akhirnya impian aku nak main gamelan ngan group luar (bukan UNITEN) berjaya. Itu pun bekas pengajar UNITEN en zul yg ajak sbb dia dah beli alat sendiri dan buat group yang dinamakan kumpulan RITMASARI.
Bermula awal ramadhan ada banyak show yang kami terima termasuklah KLIA, Great Eastern Mall, Berjaya Times Square dan Prince Court Medical Centre.
Kini show yg berbaki utk dimain ialah di Berjaya Times Square Selasa-Khamis (23-25Sept) jam 5.45-6.45ptg. Klia sabtu dan ahad (20-21 dan 27-28Sept) 2.30-4.00ptg
dapatla buat duit raya drp payment yg dpt drp bermain gamelan ni alhamdulillah

Thursday, July 03, 2008

kerja

sudah 3 tahun rupanya aku tak update blog ni gila arrr.... dalam 3 tahun aku dah tukar2 3 kerja.. skang kau kerja di IBS technology di wangsa maju sebagai Maintenance System Engineer.. tugas aku troublehoot system yang telah direka oleh mereka ini yg telah dipasang di tempat customer. aku kena memastikan system berjalan lancar seperti ia mula2 dipasang masa pemasangan. sini byk bermain ngan software seperti SQL dan VB sudah 3 bulan aku kat sini

sebelum ni keje kat Bell Business System vendor utk pemasangan PABX model Panasonic memang 2 kerje ni jauh menyimpang

kelahiran khaira

pada 24hb 6 hari besday aku, eja isteriku telah mula sakit2 nak beranak. dia call kakak die kat lukut datang utk ambil anak aku khalilah blk ke lukut. malam itu pukul 10 baru aku bawa eja ke hospital pantai bangsar dan didapati bukaan rahim sudah 3cm. dia terus diletakkan ke dlm labor room utk persediaan beranak.










tetapi sampai esok pagi 25hb 6 tiada tanda2 baby akan keluar. musnah harapan aku nak anak aku sama tarikh lahir ngan aku. pada jam 14:00 sakit nak beranak makin bertambah. aku terus panggil nurse utk check dan didapati bukaan sudah 8cm iaitu sudah boleh beranak. nurse terus call doktor idora. sampai2 jer doktor pecahkan air ketuban. dan baby girl seberat 2.95kg selamat dilahirkan pada jam 14:43 dan dinamakan khaira nazmi















ceritera