Wednesday, February 27, 2013

MyExora - Tukar Battery

Setelah 2 tahun lebih berkhidmat kini tiba masa tukar batteri. Exora ni ada indicator kt panel meter untuk batteri low. Macam kes aku die tunjuk low tu langsung dah xboleh start. Lupe lak nk amik gambar rupa indicator low batteri tu. Yg ni bukan gambar batteri biasa tu tp tulisan BATT LOW.

Aku beli batteri Free Maintenance gak sbb malas nk topup air kat area umah aku. Harga kt resit RM300 tapi jual RM260 tolak batteri lama dia amik RM20 so total RM240.




Friday, February 15, 2013

TV1 : Temubual Khas “Rokok Elektronik Selamat’

Setelah beberapa minggu rakyat dimomokan dengan berita BAHAYA e-cig atau rokok elektronik KALAU mengambil nikotin berlebihan. Kalau tidak tak merbahayalah kan. 

Secara logik laa kandungan nikotin liquid untuk e-cig sebotol 10ml/12mg nikotin. Masa untuk habiskan sebotol 5-7 hari. Manakala rokok sekotak 20mg nikotin habis tak sampai sehari. Kiralah sendiri mana satu yang lagi bahaya.

 Setelah banyak media massa di akhbar dan tv keluar kenyataan BAHAYA e-cig xda satu pun yang berani comparekan ecig dengan rokok. Akhirnya di TV1 di slot Selamat Pagi Malaysia pada rabu 13 Feb 2013 memaparkan perbezaan ecig dan rokok.


Kakak kelly cabut gigi lagi

dikesempatan KL cuti pada Jumaat 1 Feb yg lalu, aku bawa kakak kelly ke Klinik Gigi di Bangi. Klinik gigi kerajaan ni pun satu hal, untuk kanak2 cuma hari jumaat sahaja.
Kali ni gigi yang kena cabut bukan satu tapi tiga. Mula-mula nak cabut bawah jer sebab gigi baru dah terkeluar, tapi bila doktor check gigi depan atas dua2 dah goyang. Alang-alang cabut jer lah tiga2. Lepas cabut memang nampak gigi baru dah keluar disebelah atas.







ceritera