Thursday, May 13, 2010

Santai-santai BALI

First time aku dan wife(eja) mengambil kesempatan untuk travel tanpa anak2 (mcm honeymoon) bersama Marina, Nadya, Nijwana dan Junaidi ke Bali. date Sabtu 8 May - Selasa 11 May.
Kami(aku dan wife) tak dapat pergi dalam satu flight sbb aku tempah lambat (last minit decision nak ikut) diorg pergi pagi dan kami flight petang pukul 15:50.

Sabtu 8 may:
Berlepas dari LCCT sepang ke Ngurah Rai Denpasar flight Airasia  Airbus AK364 jam 15:50. Tiba di airport jam 18:50. Marina n geng sudah menunggu bersama tour guide Pak Gusti recommend dari Nakae. Dari airport terus ke Mall Centro berdekatan dgn airport. Makan malam dan shopping sket. Lps tu baru check in hotel Aston @ Denpasar Hotel and Convention Center. Diorg hotel Aston @ Grand Kuta. Ni sbb lambat book la jadi lain2 hotel. Perjalan antara 2 hotel agak 1/2 jam.
Berlaku salah faham dimana booking aku kat airasiago mereka tidak dapat means nama aku takda dlm system diorg. Tapi diorg tetap bagi check in dan akan check dgn airasia esoknya. (Diorg tak check pun esoknya aku sendiri call airasiago suruh org airasiago clear the thing kat pihak hotel)





















Ahad 9 May:
Pagi2 dpt sms dari Pak Gusti mahu pick up kul 8:30. Bgn sarapan then tunggu Pak Gusti dia lak lambat sampai. Lps amik aku kami pergi amik yang lain di Kuta.
Acara pertama kami pergi melihat pertunjukan Tarian Barongan. Selepas itu kami dibawa ke tempat buat batik dan ia agak boring so lps tu kami skip pertukangan kayu, emas dan lain2 terus ke Gua Gajah
Gua Gajah adalah salah satu Kuil Hindu dan separuh telah pecah kerana gempar bumi.
Kami terus ke Kintamani dan makan tghari disana dimana seorg kena Rp150000. Suasana yg agak gerimis ketika sampai dan kami bernasib baik kerana pemandangan gunung berapi yg clear utk bergambar.

Perjalanan diteruskan ke Tanah Lot, dimana kalo tour guide lain mereka takkan bawa @ kena tambah duit lain. kerana perjalanan agak jauh.
Kami melalui Rice Terrace yg cantik











5.30 kitaorg sampai di tanah lot ketika itu langit berawan tak dapat laa nak tgk sunset

balik sampai kuta dah malam dinner di pizza hut Kuta sebelah Hard Rock Cafe lps makan beli baju Hard Rock yeah.... Then balik ke hotel masing2










Isnin 10 May

Harini hari utk main air... pergi ke tempat main air di Tanjung Benoa. Mula2 taknak tapi setelah diberi harga yg murah hanya Rp300000 utk diving siap lunch ok la. first time lak tu semua. Lps lunch kitaorg cari pantai utk mandi di Pantai Geger.
dah penat mandi pergi ke Uluwatu utk melihat pertunjukan tarian pecak.
Dan acara terakhir hari itu makan di Jinbaran. makan seafood di tepi pantai




Selasa 11 May
Hari last free... tghari kul 11.30 aku check out letak barang kat hotel Marina sbb diorg late check out dan dkt ngan airport. Keluar blk utk cari souvenir kali terakhir. Blk hotel pack barang dan terus ke Airport. Penerbangan jam 19:15 ditunda ke 20:35 kitaorg sampai KL dlm kul 11:50

Layanan diberikan Pak Gusti memang baik dia charge satu hari utk satu kereta cuma Rp400000 sahaja dan dia kira cuma 3 hari (sabtu 1/2 day,ahad, isnin dan selasa 1/2day) total Rp1200000 sahaja dan orgnya tidak berkira mana tempat yg kena bayar parking semua dia bayar. Masa tak kisah kita balik tgh malam pun dia sanggup tunggu.

Untuk tempahan guide boleh hubungi Pak Gusti +6281236080737

ceritera