Showing posts with label gamelan. Show all posts
Showing posts with label gamelan. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Gamelan - Wedding kt Bukit Mahkota

Semalam Ahad 18 Nov 2012 persembahan di Club House Bukit Mahkota






Monday, November 12, 2012

Gamelan - Wedding kt WarDieBurn

Pada hari ahad 11/11/2012 kitaorg perform kt dewan dalam kem Wardieburn








Thursday, September 13, 2012

Persembahan Gamelan - Intekma Resort

Persembahan Wedding kat Intekma resort pada Ahad 9/9/2012





Wednesday, September 05, 2012

Persembahan Gamelan - Wedding UIA Gombak

Lama aku xupdate citer pasal persembahan gamelan. Parttime gamelan ni masih ada lagi terutama bila musim cuti sekolah atau cuti panjang ada permintaaan untuk wedding. Asal ada cuti panjang jer ada org kahwin sekarang ni xkira la hari raya ke ape.

Sabtu 1 September 2012 / 14 Syawal 1433 group gamelan aku membuat persembahan wedding kat dewan dalam UIA Gombak.








Thursday, September 17, 2009

Gamelan Ramadhan

ini adalah persembahan gamelan di Berjaya Times Square sempena
Ramadhan 2009
tajuk lagu : Pendekar




Friday, June 12, 2009

Gamelan - Carcosa Seri Negara

pada rabu 10 jun ptg lps balik kerja aku bergegas ke Carcosa Seri Negara. Ada function utk aku mempersembah keasyikan alunan muzik gamelan. Function Nestle. First time g tu. Bangunan dia memang antik bangunan kolonial yang masih dijaga rapi

Thursday, October 16, 2008

Bergamelan

puasa haritu memang pulun habis main gamelan dlm sebulan puasa jer boleh dpt 1k++ sorang saper taknak..... bolehla buat duit raya. nak tunggu bonus opis memang lambat thn depan baru dapat itupun kalau ada.

ni pun lepas raya masih ada lg panggilan untuk buat show. setiap ahad (12,19,26 okt) kitaorg main gamelan kat plaza alam sentral. sabtu ni 18hb10 ada main untuk majlis perkahwinan. so sapa2 nak kahwin kalo nak lagi meriah jemputlah kami bayaran tak mahal dlm RM1500-RM2000 jer

alhamdulillah boleh laa dijadikan kerja part time mungkin ni laarr dikatakan rezeki anak2

Friday, September 19, 2008

Bergamelan





Akhirnya impian aku nak main gamelan ngan group luar (bukan UNITEN) berjaya. Itu pun bekas pengajar UNITEN en zul yg ajak sbb dia dah beli alat sendiri dan buat group yang dinamakan kumpulan RITMASARI.
Bermula awal ramadhan ada banyak show yang kami terima termasuklah KLIA, Great Eastern Mall, Berjaya Times Square dan Prince Court Medical Centre.
Kini show yg berbaki utk dimain ialah di Berjaya Times Square Selasa-Khamis (23-25Sept) jam 5.45-6.45ptg. Klia sabtu dan ahad (20-21 dan 27-28Sept) 2.30-4.00ptg
dapatla buat duit raya drp payment yg dpt drp bermain gamelan ni alhamdulillah

ceritera