Showing posts with label Product Baik Punya. Show all posts
Showing posts with label Product Baik Punya. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Masalah handy dalam jalopy

Handyku bermasalah bila on dalam Jalopy. Mula2 igtkan antenna tukar baru pun sama gak. Pastu buat earthing cable pun sama gak. Rupa2nya masalah dengan radio fm kereta. Bila on radio FM penerimaan handy terus terputus. La handy ke bermasalah. Cuba handy di kereta orang lain dan confirm bukan handy tapi radio FM aku bermasalah.
Pergi ke kedai acc yg pasang radio fm double-din aku rectify apa masalahnya rupanya ada satu connector kalo dipasang handy akan terputus cabut jer ok. Masalahnya connector tu utk reverse camera dan monitor tgh aku... Last2 kedai tu kasi tukar satu set radio baru FOC. Radio baru ni connectornya builtin sama jenis cuma dalaman jer lain.

Connector putih tu yg buat masalah

Ni ler cable yg masuk ke connector putih tu

Dah tiada connector putih, ia built in terus

Tuesday, March 15, 2011

e-Rokok KGO

2 minggu lepas aku pergi main bowling kat Selayang Mall main bowling ngan geng EOCM. Masa nak balik g laaa jalan2 shopping complex terjumpa orang jual e-cigarette brand XXX. Aku memang bercadang utk berhenti rokok pun belilah brg ni.

Esoknya aku search cari alternative refill cartrige ni. Yelah kalau dah hisap kena la cari refillnya pulak. Terjumpa aku dgn liquid refill. Aku nak beli COD ngan brader yg jual liquid ni. Sekali dia hisap KGO la. KGO ni sama function macam e-cigarete ni cuma power lagi besar dan puas ko hisap.
Nak dibuat citer aku blk kg bawa e-cigarrete ni ketika kenduri kawin adik aku sampai rosak 1 battery sbb heavy duty selalu aku charge. KGO time tu xda stock aku nak beli

Harini aku sambar KGO ni COD ngan brader tu kat Gombak
Perbandingan e-cigarrete (yg ada jual kat pasaraya) ngan KGO ni:
1. battery e-cigarrete xtahan lama 180maH = 1/2 hari abis kena charge lagi
    KGO battery 1100maH = 3-4 hari
2. e-cigarrete nak kena beli cartridge baru bila abis
    KGO refill pakai liquid = lagi jimat. liquid ada macam2 perasa
3. Harga e-cigarrete RM150 kalo basic RM260 dapat kotak
    KGO RM280 tapi tahan lama dah puas hati
4. e-cigarrete battery automatic sbb tu cepat habis
    KGO battery manual nak hisap baru tekan power =  save battery

memang kalo sesaper pakai e-cigarrete akan hisap rokok semula sbb tak puas nak tarik tapi dgn KGO memang puas giler...
liquid refill
 
set KGO
Cartomizer utk letak liquid
nak tau lebih lanjut kita jumpa dan boleh try sekali... tgk gambar memang tak puas hati kena rasa dulu
lain2 korang boleh search KGO kat google utk maklumat lg detail

Tuesday, March 01, 2011

Wednesday, July 28, 2010

Printing on canvas

Bosan dgn print gambar atas kertas A4 sahaja? Printlah atas gambar. Search jer kat google Print on canvas dan option web from malaysia korang akan jumpe online site seperti http://www.mycanvasprints.com.my/, http://www.printpower.my/print_canvas.html, http://www.profotomalaysia.com/ dan lain2. harga ditawarkan juga berbeza dan tentu agak mahal.

Semalam aku ada jumpa tawaran kos untuk canvas printing yang agak murah dalam facebook. Mungkin sebab dia buat sendiri dan cara kecil-kecilan. Nak lihatnya boleh lihat dalam profile ni http://www.facebook.com/yatiekas dan cari photo album The Perfect Canvas 


Monday, July 12, 2010

Easy RHB

Pernah nampak sign ini? Sekarang dah ada di merata-rata tempat. Cara baru untuk RHB mempromosikan produknya.(ini bukan tujuan promosi tapi personnal sharing)
Sabtu lepas aku pergi Tesco Extra Cheras dan adalah satu easy RHB ni kat situ. Saja nak test market aku cuba apply untuk Personal Loan sebab diorang kata boleh tahu loan lulus @ tak masa itu juga dan hanya memerlukan IC dan kad kredit. Boleh apply 3 kali limit kad kredit. So aku pun cuba.
Tak sampai 15 minit selepas isi borang keputusan terus keluar. Memang cepat dan aku rasa ini paling cepat pernah aku jumpa. Duit pula kalau kita confirm nak apply, masa itu juga dapat tapi kena buat akaun baru kerana dia akan bagi buka satu akaun saving baru dan satu debit kad. Duit itu akan disburment kat dalam kad masa itu juga. WOW
Tak percaya CUBALAH.

Friday, March 19, 2010

Antioxidant Alkaline Water



Apa itu air alkali
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum

kenapa perlu air alkali
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya
Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product).
Hampas ini
boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.
Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak

kepentingan ph seimbang
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”.
Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum


fakta menarik
Kajian mengenai air alkali di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia, kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam serta tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid.
Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan.
Untuk makluman
Air Zam Zam adalah air beralkali (pH 12-14) dan mengandungi banyak mineral. Memang dinyatakan di dalam al Quran Air Zam Zam adalah penawar bagi segala penyakit. Buah kurma juga mengandungi tahap alkali yang tinggi.

Penyakit -penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid
Kanser - Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser
Kencing Manis- Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas, menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin
Darah Tinggi - Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat
Darah Rendah - Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah
Penyakit Buah Pinggang - Pengumpulan toksik berada di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang
Sembelit - Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit

Kenapa perlu ada Jug BIOCERA
- Tiada penapis air yang seumpamanya. Selain menapis kotoran, air yang keluar bersifat alkali seterusnya boleh meneutralkan pH dalam diri kita. Selain bersih ia juga menyihatkan kita.
- Ia portable boleh dibawa ke mana-mana, balik kampung, opis dan juga beriadah
- Harga yang tidak membebankan cuma RM399 sahaja

Berminat boleh menghubungi saya terus di no 0132217781

ceritera