Showing posts with label gadjet. Show all posts
Showing posts with label gadjet. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

GShock GA300A-2A

Menambah koleksi jam, model keluaran Feb2013 GShock GA300A-2A pilihan isteri tercinta.
Nak tau spec die lebih detail klik GA300A-2A




Metallic Shadow
These new GA Series models pack combination analog and digital timekeeping in a highly popular large case. Moving gears present the internal mechanical workings of the watch for a multi-dimensional design. A dial at 10 o'clock shows more information about stopwatch timing. A pair of high-luminance LEDs provide a higher level of brightness that reflects off the metallic finish of the hands and hour markers for a look that is cool and high-tech. All of this plus outstanding shock resistance, 200-meter water resistance, and magnetism resistance make these watches as practical as they are fashionable.
  • Mineral Glass
  • Shock Resistant
  • Magnetic Resistant
  • 200-meter water resistance
  • Case / bezel material: Resin
  • Resin Band
  • LED light (Super Illuminator)
    Auto light switch, selectable illumination duration, afterglow
  • World time
    29 time zones (48 cities + coordinated universal time), daylight saving on/off, Home city/World time city swapping
  • 1/100-second stopwatch
    Measuring capacity: 999:59'59.99''
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Input range: 1 minute to 24 hours (1-minute increments and 1-hour increments)
  • 5 daily alarms (with 1 snooze alarm)
  • Hourly time signal
  • Full auto-calendar (to year 2099)
  • 12/24-hour format
  • Button operation tone on/off
  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minute (hand moves every 20 seconds))
    Digital: Hour, minute, second, pm, month, date, day
  • Accuracy: ±15 seconds per month
  • Approx. battery life: 3 years on SR927W × 2
  • Size of case: 55.1 X 52.2 X 16.5 mm
  • Total weight: 72.3 g
  • LED:White

Friday, February 15, 2013

TV1 : Temubual Khas “Rokok Elektronik Selamat’

Setelah beberapa minggu rakyat dimomokan dengan berita BAHAYA e-cig atau rokok elektronik KALAU mengambil nikotin berlebihan. Kalau tidak tak merbahayalah kan. 

Secara logik laa kandungan nikotin liquid untuk e-cig sebotol 10ml/12mg nikotin. Masa untuk habiskan sebotol 5-7 hari. Manakala rokok sekotak 20mg nikotin habis tak sampai sehari. Kiralah sendiri mana satu yang lagi bahaya.

 Setelah banyak media massa di akhbar dan tv keluar kenyataan BAHAYA e-cig xda satu pun yang berani comparekan ecig dengan rokok. Akhirnya di TV1 di slot Selamat Pagi Malaysia pada rabu 13 Feb 2013 memaparkan perbezaan ecig dan rokok.


Friday, December 21, 2012

Android dan Google+ : Cara mudah upload gambar dari phone ke BLog

Mungkin ada yang xperasan atau buat2 xperasan. Siapa-siapa yang ada blog dgn blogger kira wajib ada phone android dan Google+ akaun.
Sebab bila kita ambil gambar menggunakan phone Adroid automatic gambar itu akan diupload ke Google+.

Yang senangnya bila kita nk post gambar kt blogspot, kita akan push button Insert Image.



Lepas tu akan pop up option Select a file daripada mana. Disini kita boleh pilih option From your phone.



 Disinilah dimana gambar2 yang Google+ auto uploadkan lepas kita ambil gambar.



Kita boleh click dan postkan gambar tu kat dalam blog kita. Mudah sungguh.

Apalagi kaki blogger jom kita gunakan phone android dan Google+







Thursday, August 02, 2012

Blogger mobile

Test post blog melalui app blogger android

Wednesday, August 01, 2012

HTC One S - stock ROM

Rupa2nya HTC One S ada 2 version. Satu yg guna 1.50GHz Qualcomm Snapdragon S4 (Krait + Adreno 225) pasaran US dan EU dan lg satu Snapdragon S3 1.7 GHz Dual-Core, Scorpion + Adreno 220 pasaran Asia
Ape beza kedua2 ni. Dikatakan version S4 lagi mantap. Tapi yg lebih menyedihkan tiada development upgrading utk version S3 iaitu pasaran Asia. Dimana tidak boleh utk unroot dan install custom ROM. Terpaksa pakai yg stock ROM sahaja. Ada juga yg cuba2 membuat utk S3 tapi risiko tinggi utk phone itu hang dan tidak stabil.
Pakai Android kalo tak modified memang membosankan. Dah beli terpaksa ler pakai jer... Dibandingkan dgn Samsung, HTC ni leceh sikit nak unroot dan install custom ROM.

Friday, July 20, 2012

Rig Icom 2720 - Kini Kembali

akhirnya saat dinanti sudah tiba. Semalam semasa aku tengah training aku dpt sms "Ur unit repair ready for collection, RM80 cost transportation" dalam gembira ada bengan gak dah ler lambat kene charge transportation gak. Charge utk hantar claim repair kat Hong Kong. Hampeh tul. Tapi takpe la janji aku dapat guna rig balik. yahooo.com

Tak tunggu lama waktu lunch aku bergegas ke low Yat ambil itu rig. Disebabkan masa yg terhad aku cuma ambil tanpa menguji radas di kedai.

Malam baru aku pasang. Tapi alamak dah repair mesti yg die reset semua. Aduhhh kene tgk manual balik utk setting semua frequecy. Dah siap setting masih xsempat uji TX lg. Setakat monitor nampaknya RX ok. Mungkin esok baru boleh test TX. Lagipun kawasan rumah aku agak tidak menguntungkan utk test TX ke TDM.

Thursday, July 05, 2012

Rig Icom 2720 - Rosakkkk part2

Sudah  3 bulan rig aku dihantar repair ke kedai Zixuen kat Low Yatt. Betapa remuknya hatiku setiap kali call cakap xsiap lagi. Unit sangat ke set ni hingg nk repair pun amil masa yang lama.

Bagiku selepas ni pikir 2-3 kali nk beli set daripada kedai ni. Terlalu kecewa dah ni. Rege memang boleh nego masa beli tp after sales service yg slow mcm ni buatkan aku merasa hampa betul.

Semalam call lg die kata call balik minggu depan ada shipment sampai dari Hong Kong 10hbJuly. Harap2 rig aku ada sekali dalam shipment tu.

Thursday, June 21, 2012

HTC One S



Kali ni satu lg keluarga ONE sudah kuar... One S. Berada di tengah2 antara One X dan One V. Screen 4.3 memang sesuai dengan aku tak terlalu besar dan tak terlalu kecil kira sedang2 aje..
Dengan kekuatan Processor 1.7Ghz dual core memang laju kalau nak dibandingkan dengan One V. Built in memory 16Gb tapi available space cuma 9Gb untuk simpanan sendiri. Skrin menggunakan teknologi AMOLED
Harga dipasaran sekitar RM1750 - RM1899. Kena rajin bertanya kalau nak yg termurah.
Nak tahu lebih lanjut click HTC

Wednesday, May 30, 2012

HTC One V

Sudah sebulan aku pakai phone ni HTC One V. Latest model dari HTC. Ini first time aku pakai hp HTC. Ini pun sebab phone sbl ni (Samsung galaxy SL) cermin crack. Kos repair riki2 sampai RM300-400. Itu yang aku beli phone lain.

Phone ni kira termurah utk OS Android terbaru 4.0. Keseluruhan utk OS agak lembap nak kembali dari satu2 applikasi ke Home. Sebab dah terbiasa dgn Adroid 2.3.6 + TouchWiz dari Samsung agaknya. Atau pun sbb CPU die 1Ghz tak sesuai utk Android 4.0 (Phone lain utk OS Android 4.0 CPU nya lg tinggi).

Function kamera adalah terbaekkk... Ada continuos shooting, hampir zero lagging masa snap, dan boleh snap gambar semasa rekod video.

Maklumat lanjut bleh lawati web HTC

Tuesday, April 10, 2012

Rig Icom 2720 - Rosakkkk

Ni dah dekat seminggu aku hantar rig ICOM 2720 aku kat kedai low yatt. Tak siap2 lg checking. Repairnya belom lagi.
Kerosakan - monitor sebelah kiri xboleh nk RX sebelah kanan OK. mula2 aku igt QRM rupa2nya bila test sebelah kanan boleh. Sah sebelah kiri aku ada problem.
Nasib baik ada handy boleh gak pakai. Tapi aku nk pakai rig utk konvoi akhir bulan ni.

Thursday, December 22, 2011

Upgrade to rig ICOM IC2720H

akhirnya aku berjaya gak menyambar satu rig @ kotak hitam brand ICOM model ic2720H. Ini kerana aku agak tertekan menggunakan handy apabila keudara selalu dapat RX tp xboleh nak TX. Betul cakap otai2 radio nak maju dalam hobi ni kene la upgrade device kita. Jaluran dah ada pandai2 la kita nak mencarinya.
Walaupun model ni dah discontinue dan aku dapat adalah stock terakhir dalam simpanan kat kedai tu tapi performance dia agak memberangsangkan. Lagipun support kedai yang jual boleh dipercayai
Nak dijadikan citer ada gak 2-3 org tanya stock yg sama kat kedai tu tapi diorg tak jumpa. Mungkin dah rezeki aku time aku dtg tiba2 diorg baru jumpa stock tu.
Kenapa aku beli gak? Sebab aku nak rig yg dual monitor yang murah dan ini je yang murah setakat ni. Terpaksa amik dual band gak sbb takda rig single band dual monitor.

Spec die:
- Dual band dual monitor. V,V U,U V,U
- Kuasa pancaran VHF >50W>15W>5W UHF >35W>15W>5W.
- 212 memory channel. - cukuplah utk beginner macam aku.
- Panel separate boleh letak ikut suka. Ada kipas depan belakang.
Lain2 spec korang boleh search dalam internet.
Kurangnya die
- tak boleh nak save nama cuma tunjuk frequensi jer...
- takda GPS macam model baru, ada aku kesah janji dpt memancar

Dah pasang barulah lega boleh memancar dgn rakan2 jaluran komersial TDM (komersial je .. 9W2 belum ada lagi) yang mana repeater dia berada di Telapak Buruk, N.Sembilan.
Tak lupa ucapan tima kasih pada MdShaari TDM E-MS / EOCM536 kerana sudi membantu dalam pemasangan rig kt dalam mobile kita.

gambar sekitar pemasangan, lupa nak ambil dari awal sbb teruja sgt hehehe



Thursday, October 13, 2011

RAE 2011-2

Walaupun terlambat nk info tapi selagi belom tarikh tutup apa salahnya nak share. Lagipun aku pun baru hantar borang melalui post Isnin lepas (10/10/2011). Walaupun rakan2 lain hantar by hand apakan daya kita ni kerja office hour jd kita gunakan courier office jer send hehehe.


Deatailnya:

Tarikh Tutup Permohonan 28 Okt 2011 jam 5.00 petang

Tarikh dan Masa Peperiksaan 15 Dis 2011 jam 2.00 petang

Nak detail lagi tgk sini IKLAN RAE 2011-2

Nak download BORANG

Friday, July 01, 2011

Samsung Galaxy SL Froyo to GingerBread

Ini kali kedua samfirmware update firmware Samsung Galaxy SL (I9003). Sebelum ni GB version I9003XXKP7 gagal dimana byk bugs berlaku. Paling teruk ia SOD (Sleep On Death) maksudnya bila phone to sleep mode terus tak bangun2 kena buka bateri on balik.

Semalam dia ada update lagi kali ni version I9003XXKP9. Aku telah update dan test dari pagi tadi hingga aku menulis ni masih tiada apa2 problem melainkan kat forum diorg cakap xbleh nak playback video format .mkv. Tapi ada aku kesah aku bukan beli phone utk tgk movie pun

Untuk mendonwload firmware baru ni sila click I9003XXKP9
Dan cara2 nak update firmware ni click sini GUIDE actually ni guide utk update I9003XXKP7 tapi sama jer...
Nak info lebih lawat ini FORUM

Monday, May 30, 2011

Masalah handy dalam jalopy

Handyku bermasalah bila on dalam Jalopy. Mula2 igtkan antenna tukar baru pun sama gak. Pastu buat earthing cable pun sama gak. Rupa2nya masalah dengan radio fm kereta. Bila on radio FM penerimaan handy terus terputus. La handy ke bermasalah. Cuba handy di kereta orang lain dan confirm bukan handy tapi radio FM aku bermasalah.
Pergi ke kedai acc yg pasang radio fm double-din aku rectify apa masalahnya rupanya ada satu connector kalo dipasang handy akan terputus cabut jer ok. Masalahnya connector tu utk reverse camera dan monitor tgh aku... Last2 kedai tu kasi tukar satu set radio baru FOC. Radio baru ni connectornya builtin sama jenis cuma dalaman jer lain.

Connector putih tu yg buat masalah

Ni ler cable yg masuk ke connector putih tu

Dah tiada connector putih, ia built in terus

Tuesday, May 10, 2011

My First Handy

Akhirnya dengan pertolongan MdShaari TDM N41dapatlah aku membeli set Handy dual band jenama Quansheng di LowYat Plaza. Bukan setakat handy jer siap antenna untuk Jalopy sekali. Antenna untuk handy juga aku tukar kepada jenis teleskopik, boleh pergi lagi jauh. hehehe....


Wednesday, May 04, 2011

TDM Radio Communication

Satu lagi jaluran komersial radio ham di Malaysia. Menariknya TDM mempunyai

3 Lokasi Pancar Ulang Seperti Berikut:
1 ) (9MY453) GUNUNG ULU KALI - GENTING  ( 143.0875 )
2 ) (9WD934) GUNUNG TELAPAK BURUK  - NEGERI SEMBILAN ( 143.5125 )
3 ) (9WD540) GUNUNG LEDANG - MELAKA / JOHOR ( 143.5500 )

Ini adalah sbb mengapa aku memilih utk mendaftar di jaluran ini. Bukan ape kalo nak pakai handy dan letak ekor pari (antenna) kat exo aku kena la ada lesen sekurang2nya lesen komersial. Lagipun promosi untuk menjadi ahli dgn harga RM165 sehingga 8hb Mei ni je. Selepas ini perdaftaran baru akan dikenakan RM265.
Aku dah terasa bagaimana keadaannya jika berkonvoi xda handy ni. Jadi aku xmau lepaskan peluang ini dgn mendaftar di jaluran TDM. Lagipun memang area yg dia cover adalah area yg selalu aku akan pergi pun... 

Tuesday, March 15, 2011

e-Rokok KGO

2 minggu lepas aku pergi main bowling kat Selayang Mall main bowling ngan geng EOCM. Masa nak balik g laaa jalan2 shopping complex terjumpa orang jual e-cigarette brand XXX. Aku memang bercadang utk berhenti rokok pun belilah brg ni.

Esoknya aku search cari alternative refill cartrige ni. Yelah kalau dah hisap kena la cari refillnya pulak. Terjumpa aku dgn liquid refill. Aku nak beli COD ngan brader yg jual liquid ni. Sekali dia hisap KGO la. KGO ni sama function macam e-cigarete ni cuma power lagi besar dan puas ko hisap.
Nak dibuat citer aku blk kg bawa e-cigarrete ni ketika kenduri kawin adik aku sampai rosak 1 battery sbb heavy duty selalu aku charge. KGO time tu xda stock aku nak beli

Harini aku sambar KGO ni COD ngan brader tu kat Gombak
Perbandingan e-cigarrete (yg ada jual kat pasaraya) ngan KGO ni:
1. battery e-cigarrete xtahan lama 180maH = 1/2 hari abis kena charge lagi
    KGO battery 1100maH = 3-4 hari
2. e-cigarrete nak kena beli cartridge baru bila abis
    KGO refill pakai liquid = lagi jimat. liquid ada macam2 perasa
3. Harga e-cigarrete RM150 kalo basic RM260 dapat kotak
    KGO RM280 tapi tahan lama dah puas hati
4. e-cigarrete battery automatic sbb tu cepat habis
    KGO battery manual nak hisap baru tekan power =  save battery

memang kalo sesaper pakai e-cigarrete akan hisap rokok semula sbb tak puas nak tarik tapi dgn KGO memang puas giler...
liquid refill
 
set KGO
Cartomizer utk letak liquid
nak tau lebih lanjut kita jumpa dan boleh try sekali... tgk gambar memang tak puas hati kena rasa dulu
lain2 korang boleh search KGO kat google utk maklumat lg detail

Tuesday, November 30, 2010

Garmin Asus A50


phone baru aku hehehe. Akhirnya dari Symbian aku bertukar ke Android phone. Dah bosan pakai phone Symbian yg application nya tak memberangsangkan.

Monday, August 16, 2010

MyE72 - Tweeter

Sejak ada E72 ni dah macam2 application aku install dan active.Line celcom pun dah upgrade tambah RM38/bulan untuk LiteBroadband.

Contoh macam twitter bukan saja web tp dari smartphone juga. Untuk nokia bolehlah download Tweets60 dari Ovi Store. Application yg boleh kita update Twitter menggunakan phone Nokia. Kita boleh add user tp xbleh search so kena tahu la id tweeter yg kita nak add tu.
Dengan Tweets60 gak kita boleh set masa berapa lama sekali ia akan refresh, jadi connection data tidak akan selamanya ON. Bila nak update sahaja baru On connection data.
Ia ada 2 version free dan Pro. Aku try yang free pun dah ok. Cuma bezanya yang Pro ada search function dan boleh upload gambar.

ceritera