Showing posts with label MyGT. Show all posts
Showing posts with label MyGT. Show all posts

Tuesday, June 03, 2014

MyGT - Sakit Tayar

Harini tukar tayar belakang..untuk yg ke 3 kot.. Tayar depan xtukar2 lagi sejak beli 3 tahun sudah..
Tayar belakang sudah nipis wooo. Ada paku halussss masuk pun xnampak daripada luar. Bila dah buka tayar baru nampak daripada dalam. Patut laa aku pam tayar selang 2-3 hari jer lembik balik..
Tukar ler tayar baru dengan brek pad sekali.. Tayar baru ni brand FKR lak.. Lantak laaa brand apa pun janji boleh bawak pergi balik kerja

Tayar lama

Tayar baru

Thursday, January 09, 2014

MyGT - Minyak abesss

hahahahhaha first time dalam hidup aku bawak motor minyak abis. Ni gara2 minyak naik harga + meter minyak xbetul.
bukan apa sebelum minyak naik harga kalo aku isi RM5 boleh g 100km la ni xdapat. Tu yang tengah jalan tiba2 enjin senggut2. Nasib naik laa ngam2 sampai kt opis wife aku.
Jalan kaki dlm 2-3km gak laaa cari stesen minyak isi minyak dalam botol patah balik isi kt motor. Lepas tu baru g balik untuk isi full.


Thursday, November 21, 2013

MyGT - Tukar Battery kali ke 2

Minggu lepas aku tukar batteri motor lagi. Batteri motor ni xsampai setahun pun aku tukar dah kong. Rupa-rupanya batteri motor xsama mcm kereta yg ada warranty setahun. Paling2 pun 6 bulan tapi mahal laa rege die. Aku beli yang murah jer pun RM60 warranty sebulan. Antara cara nak jimat batteri kurangkan pakai starter elektrik. Kalo dah emergency malas nak guna manual baru guna starter elektrik.

Motor Modenas GT 128 ni jangan dibuat main kalau batteri habis kene cepat2 tukar.
1st dulu aku lambat tukar batteri pakai lenjan jer last2 coil ape problem. Kena tukar baru.
2nd ni pula aku xperasan lagi meter pulak jadi bengong. Kalo lambat lagi aku tukar meter boleh rosak. Tu pomen kedai yg cakap laaa. Mahal wooo kali tukar meter baru dalam RM2++ gak.
Nasib baik aku tukar jer batteri baru, meter dah ok balik.

Wednesday, July 10, 2013

MyGT - Tukar sprocket n disc brake belakang

Kos kerugian RM124, sprocket satu set rm60, disc + brake pad rm64
disc lama dah teruk sgt kene makan dah brek pad sbl ni cepat je haus
beli yg murah jer rege rm50.



disc asal




Friday, January 18, 2013

MyGT - Tukar Coil Api

Hari Rabu lepas aku tukar coil api motor. Simptom bermula bila aku xbleh nk start engine guna electrik starter. Aku ingatkan batttery dah kong yelah dan 2 tahun aku xpernah tukar battery. So aku tukarlah battery. 2 minggu lepas tukar battery iaitu rabu tu xboleh start blk tapi kick start ok. Aik battery baru ni xkan xboleh lg.
So aku pergi laa ke kedai yang aku tukar battery tu.. Die check punya check compom coil api dah out. Lampu depan pun memang dah malap jer kalo press2 minyak pun. Terpaksa la tukar gak kos dalam RM120 + kene tukar minyak hitam sekali RM24 + brek pad belakang tukar lagi RM18. Adoyaii tgh2 bulan lak tu.
Tapi lepas tukar memang senang nk start motor guna elektrik starter.


COil api yg terbakar

COil api baru

Wednesday, October 17, 2012

MyGT - Tukar Brake Pad

Minggu lepas buat kali ke 3 aku tukar brake pad belakang. Brake pad depan baru sekali tukar. Memang byk betul aku aku brake belakang. Tapi kali ni dah makan disc tp masih boleh pakai lg. Nak tukar disc ori rm100++ tu huhuhu.




Tuesday, September 11, 2012

MyGT -Tukar sprocket

Akhirnya aku akur sprocket aku kene tukar gak. Walaupun giginya masih cantik tak abis lagi tapi rantai sudah gelong2. Rantai pun aku dah 2 kali potong.
Rantai dan sprocket ni memang aku xpernah tukar sejak beli Jan 2011. Sekarang sudah pakai 60 000km. Mungkin set default manufacturing ni memang tahan lama.
So pagi ni aku tgk makin teruk rantai ni kembang kuncup. Sebelum aku pernah tanya berapa rege1 set RM48 kt kedai area umah aku. Tapi arini aku g tukar lepas hantar wife ku g keje dekat2 area pudu pun rege RM48.So aku rasa memang std price laaa kot dgn rantai SSS.
Tadi boleh pulak lupa nk snap gambo...

Wednesday, January 26, 2011

My GT128

Akhirnya satu keputusan berat harus dibuat. Aku terpaksa menjual Yamaha SS110 ku yg telah banyak berjasa. Tapi apakan daya hidup mesti terus.
Motor SS aku telah trade-in dengan motor Modenas GT128. Value untuk SS aku kedai amik RM600 bolehla kurangkan harga motor baru iaitu RM5600 jadi aku kena bayar RM5000 shj.
Bukan nya tak mahu simpan SS tu, tapi SS tu dah teruk sangat conditionya. Lagipun aku tinggal kat apartment lagi susah nak maintain. Jadi keputusan terbaik jual saja. Lama juga aku pakai motor tu, iyelah dari zaman belaja tahun 2000 hingga 2011.
Beli motor baru tak lama menunggu macam beli kereta. Bayar deposit harini, esok motor dah boleh keluar. Memang sangat cepat.

 motor masa kat kedai lg

ceritera