Wednesday, December 22, 2010

Puteraku



pada 15 Dis 2010 jam 11:59am lahirlah puteraku seberat 3.20kg di Hospital Pantai Bangsar. Puteraku ini kunamakan Khalis Nazmi.






Tuesday, December 14, 2010

MyExora - 1000km service

pakai baru 14 hari dah kena 1st service (1000km). Total charge RM107.60 sbb free service charge dan free oil filter. Guna minyak shell semi synthetic
Service di proton service taman midah. Kat sini ada cuci kereta sekali :)

Wednesday, December 08, 2010

MyExora

 
Lama dah aku nak update exora aku kt sini tp tak berkesempatan
Setelah seminggu booking akhirnya 1 Dis 2010 exoraku selamat aku ambil di dealer Proton Edar Bdr Tasik Permasisuri. Exoraku spec MLine Manual berwarna merah
Esoknya terus aku ke Seremban untuk menyerahkan wiraku ke used car utk dijual. Walaupun terasa sayang tp nak buat camner tak mampu nk bayar kedua2nya sekali.

Tanpa berlengah aku pun meregisterkan diri ke kelab exora (EOCM). Register dan order starterkit RM85 sahaja. Pakej sticker dan baju tshirt. No keahlianku EOCM 804.


Exoraku ditintedkan terus oleh dealerku yg baik hati. Selain tinted aku juga telah memasang spoiler belakang baru nampak cantik lg. Tak lupa sticker carbon fiber kat body tepi utk menggantikan color body. Dealer aku juga telah memberi smart tag percuma. TQ dealer....
Setelah seminggu bawa mileage pun dah 500++km, tiada masalah apa2 berlaku pada exora ku alhamdullilah.

Tuesday, November 30, 2010

Garmin Asus A50


phone baru aku hehehe. Akhirnya dari Symbian aku bertukar ke Android phone. Dah bosan pakai phone Symbian yg application nya tak memberangsangkan.

Friday, November 19, 2010

Booking Exora

Pikir punya pikir akhirnya aku memilih utk membeli Proton Exora. Ada aku kesah orang nak cakap ape. Yang penting aku nak beli MPV baru bukan second punya dan aku mampu bayar bulan2. Paling best kat opis aku ada oorg kutuk2 aku beli aku cakap nak beli Exora tapi diri sendiri kereta pun susah nak bayar bulan2, banyak komplen macam diri tu mampu nak pakai MPV yg lain yang ternyata lagi mahal.

Melihatkan ruang dalaman yg luas drp MPV lain dan aircond yang dipasang sebelah penumpang menguatkan lagi pilihan aku.
1.6? aku beli utk bawa family bukan utk racing nak laju2 pun speed limit highway malaysia 110km/h jer kan. Tak pickup? Diorg dah panjat Genting takda masalah pun.

Akhirnya selasa sebelum Raya Haji aku gagahkan diri utk menempah sebiji Exora Merah MLine Manual. Aku tak suka auto lagipun manual lg jimat minyak dan lebih pickup. Dokumen semua aku dah bagi tunggu call dari bank je.
Kita tunggu kesudahan penantian ini.

Thursday, November 11, 2010

Faizal Tahir - Hanyut

Maid dari Surabaya

Akhirnya aku pakai maid kat rumah
Setelah lama menunggu akhirnya maid aku dihantar pada hari Ahad yg lalu. Kos? RM6500. Nak kata guna agent tak juga sbb orgnya tak macam agent buat macam part time tapi supply ramai juga.
Aku tanya lah camner dia datang sini. Dia citer dia kena pergi ke Bandar Surabaya ke agent sana untuk dibuat passport dan medical sekali. Keluarganya di kampung diberikan Rp500,000.00. Itulah gunanya duit yg aku deposit awal dulu. Ini kali ke2 cubaan dia untuk datang kerja ke Malaysia. Kali pertama kena tipu dia kena bayar Rp3,000,000.00. Tapi tak jadi apa. Kali ni duit satu sen tak keluar malah dapat duit lagi.
Maid aku dari Surabaya. Tujuannya untuk jaga anak aku sbb kalau dikira2 nak masuk anak ke3 nak hantar orang kopak juga lagi2 tinggal di KL. So kalau ada maid bukan setakat jaga anak jer rumah pun terkemas sekali.
Awal2 ni maid aku tak jaga anak lg. Anak aku still hantar ke babysitter diorg. Yelah baru sampai belum mesra dan biasa lagi. So tugas dia banyak kemaskan rumah aku je dulu. Dia cuma ambil anak aku awal sikit dari biasa. Aku dah tak rush sangat bila blk kerja utk ambil anak
Masak pun tak dibenarkan lgpun dia tak tahu lg masakan org Malaysia. Wife aku yg akan masak tghari dan malam.
Memang ada pros and conts pakai maid ni. Tapi belum cuba belum tahu

Friday, September 03, 2010

Step Up 3D

 "Born to be a Dancer"

Memang best giler citer ni. Kepada yang memang kaki dancer wajib tgk. Bukan sekadar citer tarian breakdance biasa sahaja tetapi memaparkan pelbagai skill tarian dalam satu pertandingan. Diorg ni memang hidup untuk menari. Ada banyak mesej dalam citer ini. Kita bukan sajaha berhibur tapi juga pengajaran. Para pelakon pula kebanyakan daripada peserta So You Think You Can Dance. Tak rugi jika menonton. Rating aku bagi 5/5.

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 2010

diam tak diam dah 2 minggu berpuasa. baju raya byk beli untuk anak2 sahaja. tu pun rasanya dah cukup. asal jumpe je nak beli nanti kang tak terpakai.
Baju melayu aku pun dah siap mcm biasa aku buat baju teluk belanga selesa dah perlukan 1 butang tak payah nak pening. Baju wife dan anak2 aku kakak ipar aku jahitkan so seminggu sebelum raya kena ambil sbb tahun ni balik kg aku kat Pontian. malas aku nak singgah masa nak balik nanti. Dahla blk pontian tu ptg sebelum raya. silap2 malam baru gerak.
Puasa ni makan berbuka buffet dah pergi 3 tempat. Mattop Briani Bangi (RM20), Hotel Ancasa Pudu (RM38) dan  Seoul Garden Plaza Pantai (RM43). Bolehlah takda la menarik sgt.
Bazar berbuka yang setakat ni aku dah pergi, depan rumah aku kat Bdr tasik selatan, Kg Baru, Wangsa Melawati, Taman Melawati, Sebelah Stadium Cheras, Bdr Tun Razak. Harini igt nak pergi Taman Setiawangsa pulak laaaa

Monday, August 16, 2010

MyE72 - Tweeter

Sejak ada E72 ni dah macam2 application aku install dan active.Line celcom pun dah upgrade tambah RM38/bulan untuk LiteBroadband.

Contoh macam twitter bukan saja web tp dari smartphone juga. Untuk nokia bolehlah download Tweets60 dari Ovi Store. Application yg boleh kita update Twitter menggunakan phone Nokia. Kita boleh add user tp xbleh search so kena tahu la id tweeter yg kita nak add tu.
Dengan Tweets60 gak kita boleh set masa berapa lama sekali ia akan refresh, jadi connection data tidak akan selamanya ON. Bila nak update sahaja baru On connection data.
Ia ada 2 version free dan Pro. Aku try yang free pun dah ok. Cuma bezanya yang Pro ada search function dan boleh upload gambar.

Thursday, August 12, 2010

my lovely daughters

Wednesday, July 28, 2010

Printing on canvas

Bosan dgn print gambar atas kertas A4 sahaja? Printlah atas gambar. Search jer kat google Print on canvas dan option web from malaysia korang akan jumpe online site seperti http://www.mycanvasprints.com.my/, http://www.printpower.my/print_canvas.html, http://www.profotomalaysia.com/ dan lain2. harga ditawarkan juga berbeza dan tentu agak mahal.

Semalam aku ada jumpa tawaran kos untuk canvas printing yang agak murah dalam facebook. Mungkin sebab dia buat sendiri dan cara kecil-kecilan. Nak lihatnya boleh lihat dalam profile ni http://www.facebook.com/yatiekas dan cari photo album The Perfect Canvas 


Wednesday, July 14, 2010

iPhone 4



inilah phone yg ku tunggu2, iphone 4. Pakej lengkap bukan sekadar touch phone biasa.
Ia kini dilengkapi FaceTime atau video call. Sebab antara reason aku tak suka iphone dulu sebab tiada video call.

Tuesday, July 13, 2010

Kasut kerja

Kasut aku terbaru dari King's. Cantik kan? Boleh la buat kasut kerja selain safety boot. Ada anti static, besi atas bawah dan tak masuk air.
Memang sesuai sekali untuk aku sebab biasa aku beli kasut kerja pakai tak sampai setahun dah lunyai.

More info pasal kasut aku ni
http://www.kingshoe.com.sg/ProductList.aspx?type=1&range=82&prd=237

Monday, July 12, 2010

Easy RHB

Pernah nampak sign ini? Sekarang dah ada di merata-rata tempat. Cara baru untuk RHB mempromosikan produknya.(ini bukan tujuan promosi tapi personnal sharing)
Sabtu lepas aku pergi Tesco Extra Cheras dan adalah satu easy RHB ni kat situ. Saja nak test market aku cuba apply untuk Personal Loan sebab diorang kata boleh tahu loan lulus @ tak masa itu juga dan hanya memerlukan IC dan kad kredit. Boleh apply 3 kali limit kad kredit. So aku pun cuba.
Tak sampai 15 minit selepas isi borang keputusan terus keluar. Memang cepat dan aku rasa ini paling cepat pernah aku jumpa. Duit pula kalau kita confirm nak apply, masa itu juga dapat tapi kena buat akaun baru kerana dia akan bagi buka satu akaun saving baru dan satu debit kad. Duit itu akan disburment kat dalam kad masa itu juga. WOW
Tak percaya CUBALAH.

Tuesday, July 06, 2010

Langkah kanan

harini memang rezeki aku..
pagi-pagi ingat malas nak pergi sarapan tapi dapat call dari en.bad ex-officemate IBS ajak bersarapan. Kena la gi sarapan gak tapi bila nak bayar dia nak belanja. Alhamdulillah.
Tenghari aku gi site LHDN Pandan Indah
diorg lak buat majlis kesyukuran. Kesyukuran ada staff dept diorg dpt anugerah cemerlang. siapa org tu aku tak peduli. yg penting aku dijemput makan sekali .
memang langkah kanan.

Tuesday, June 01, 2010

Due on 19 Dis 2010

Teka, due apa? Due untuk adik kepada kyra untuk lahir ke dunia. Harap-harap kali ini baby lelaki yang akan keluar. Hari sabtu 29hb May buat check up dengan Dr.Idora (Dr yg sama sambut kelahiran kyra) di Hopistal Pantai Bangsar. Dr yang cukup baik dan sangat ok.
Check-check rupanya dah masuk 3 bulan wife aku pregnant dan due pada 19 Disember nanti. Baby dah besar 42mm, dah ada kepala, badan, tangan dan kaki. Cuma jantina belum nampak lagi heheheh. Harap baby membentuk dgn cukup sifat dan sihat. Amin.

Kelly n Kyra n Shrek


jumaat 28 May 2010 aku membawa wife serta anak-anakku kelly n kyra menonton filem Shrek Forever After di GSC Premier The Garden Mid Valley. Tiket memang mahal sbb seat semua berdua2 saja. Senang sbb bawak budak kecil dua orang ni
Kelly ok lah die dah pandai tgk movie duduk je sambil makan twisties tapi adik die kyra nangis lak pada mula2 ada iklan di screen sbb takut tgk screen besar sgt. Lama-lama dah pujuk ok blk. Kakak dah nak abis citer mula lah bosan main lampu kat tangga.
Cerita ini mengingatkan kita supaya menghargai apa yang kita ada. Jangan bila dah takda baru menyesal

Thursday, May 13, 2010

Santai-santai BALI

First time aku dan wife(eja) mengambil kesempatan untuk travel tanpa anak2 (mcm honeymoon) bersama Marina, Nadya, Nijwana dan Junaidi ke Bali. date Sabtu 8 May - Selasa 11 May.
Kami(aku dan wife) tak dapat pergi dalam satu flight sbb aku tempah lambat (last minit decision nak ikut) diorg pergi pagi dan kami flight petang pukul 15:50.

Sabtu 8 may:
Berlepas dari LCCT sepang ke Ngurah Rai Denpasar flight Airasia  Airbus AK364 jam 15:50. Tiba di airport jam 18:50. Marina n geng sudah menunggu bersama tour guide Pak Gusti recommend dari Nakae. Dari airport terus ke Mall Centro berdekatan dgn airport. Makan malam dan shopping sket. Lps tu baru check in hotel Aston @ Denpasar Hotel and Convention Center. Diorg hotel Aston @ Grand Kuta. Ni sbb lambat book la jadi lain2 hotel. Perjalan antara 2 hotel agak 1/2 jam.
Berlaku salah faham dimana booking aku kat airasiago mereka tidak dapat means nama aku takda dlm system diorg. Tapi diorg tetap bagi check in dan akan check dgn airasia esoknya. (Diorg tak check pun esoknya aku sendiri call airasiago suruh org airasiago clear the thing kat pihak hotel)





















Ahad 9 May:
Pagi2 dpt sms dari Pak Gusti mahu pick up kul 8:30. Bgn sarapan then tunggu Pak Gusti dia lak lambat sampai. Lps amik aku kami pergi amik yang lain di Kuta.
Acara pertama kami pergi melihat pertunjukan Tarian Barongan. Selepas itu kami dibawa ke tempat buat batik dan ia agak boring so lps tu kami skip pertukangan kayu, emas dan lain2 terus ke Gua Gajah
Gua Gajah adalah salah satu Kuil Hindu dan separuh telah pecah kerana gempar bumi.
Kami terus ke Kintamani dan makan tghari disana dimana seorg kena Rp150000. Suasana yg agak gerimis ketika sampai dan kami bernasib baik kerana pemandangan gunung berapi yg clear utk bergambar.

Perjalanan diteruskan ke Tanah Lot, dimana kalo tour guide lain mereka takkan bawa @ kena tambah duit lain. kerana perjalanan agak jauh.
Kami melalui Rice Terrace yg cantik











5.30 kitaorg sampai di tanah lot ketika itu langit berawan tak dapat laa nak tgk sunset

balik sampai kuta dah malam dinner di pizza hut Kuta sebelah Hard Rock Cafe lps makan beli baju Hard Rock yeah.... Then balik ke hotel masing2










Isnin 10 May

Harini hari utk main air... pergi ke tempat main air di Tanjung Benoa. Mula2 taknak tapi setelah diberi harga yg murah hanya Rp300000 utk diving siap lunch ok la. first time lak tu semua. Lps lunch kitaorg cari pantai utk mandi di Pantai Geger.
dah penat mandi pergi ke Uluwatu utk melihat pertunjukan tarian pecak.
Dan acara terakhir hari itu makan di Jinbaran. makan seafood di tepi pantai




Selasa 11 May
Hari last free... tghari kul 11.30 aku check out letak barang kat hotel Marina sbb diorg late check out dan dkt ngan airport. Keluar blk utk cari souvenir kali terakhir. Blk hotel pack barang dan terus ke Airport. Penerbangan jam 19:15 ditunda ke 20:35 kitaorg sampai KL dlm kul 11:50

Layanan diberikan Pak Gusti memang baik dia charge satu hari utk satu kereta cuma Rp400000 sahaja dan dia kira cuma 3 hari (sabtu 1/2 day,ahad, isnin dan selasa 1/2day) total Rp1200000 sahaja dan orgnya tidak berkira mana tempat yg kena bayar parking semua dia bayar. Masa tak kisah kita balik tgh malam pun dia sanggup tunggu.

Untuk tempahan guide boleh hubungi Pak Gusti +6281236080737

Friday, March 19, 2010

Antioxidant Alkaline Water



Apa itu air alkali
Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum

kenapa perlu air alkali
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya
Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product).
Hampas ini
boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.
Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak

kepentingan ph seimbang
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”.
Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum


fakta menarik
Kajian mengenai air alkali di Kaiser Institute Berlin pada tahun 1926 Dr. Otto Warberg menerima penganugerahan Nobel Prizes dalam kajian beliau dalam penemuan punca kanser. Punca kanser adalah sel yang kehilangan elektron akibat diserang oleh radikal bebas iaitu oksigen yang tidak stabil dan kandungan asid yang terlalu banyak di dalam badan. Kajian beliau telah diteruskan oleh pakar saintis di seluruh dunia, kajian yang sahih dan telah didokumenkan adalah tiada gejala penyakit yang timbul apabila kawasan sel kita dalam keadaan beralkali. Ini bukan suatu yang ajaib kerana orang yang sihat badan mereka adalah dalam keadaan beralkali
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam serta tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid.
Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan.
Untuk makluman
Air Zam Zam adalah air beralkali (pH 12-14) dan mengandungi banyak mineral. Memang dinyatakan di dalam al Quran Air Zam Zam adalah penawar bagi segala penyakit. Buah kurma juga mengandungi tahap alkali yang tinggi.

Penyakit -penyakit Yang Disebabkan pH Badan Berasid
Kanser - Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser
Kencing Manis- Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas, menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin
Darah Tinggi - Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat
Darah Rendah - Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah
Penyakit Buah Pinggang - Pengumpulan toksik berada di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang
Sembelit - Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar kekurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit

Kenapa perlu ada Jug BIOCERA
- Tiada penapis air yang seumpamanya. Selain menapis kotoran, air yang keluar bersifat alkali seterusnya boleh meneutralkan pH dalam diri kita. Selain bersih ia juga menyihatkan kita.
- Ia portable boleh dibawa ke mana-mana, balik kampung, opis dan juga beriadah
- Harga yang tidak membebankan cuma RM399 sahaja

Berminat boleh menghubungi saya terus di no 0132217781

Friday, February 05, 2010

PELUANG!

Minggu lepas setelah aku bosan dgn flyers yang datang berlambak di dlm peti surat aku, aku mengambil tindakan dgn membalas isi kandungan flyers tersebut.
antara isi kandungannya:



Selepas aku sms kpd penghantar flyers aku diajak dtg ke center diorg utk mendengar penerangan. Alangkah terkejutnya aku kerana yg memberi penerangan adalah seorang celeberity yg dikenali ramai. Dlm hati berkata "oh bisnes ini lah yg membuat dia jadi jutawan". Modulnya sungguh mudah diikuti dan tidak membebankan seperti perniagaan yg lain dan tiada perniagaan lain yg setanding dgnya.

Aku tidak mengambil masa panjang terus register. Cakap lebih2 pun tak guna kena hadir sendiri dengar dan lihat baru percaya. Ini adalah peluang terbuka utk semua org untuk lakukan tanpa paksaan

Kepada diluar yg ingin mengetahui apakah peluang yg aku maksudkan jgnlah malu2 utk menghubungiku

Thursday, January 07, 2010

singgah pura

pada hari krismas 25/12/2009 aku sekeluarga dan kawan2 (marina, nadya, din dan kae) telah berjalan2 ke jb + singapore
gerak dari kl hari jumaat tu dlm kul 10 pagi dan sampai hotel mutiara jb (sebelah holiday plaza) dalam kul 2ptg. check in mandi2 then gerak ke city square makan2 pusing2 jap pastu kuar gerak ke TUAS check point. mlm tu kitaorg redah ke Mustafa Center Singapore (24jhour operation) sbl sampai tersesat masuk ke Suntec dpt la tgk Fountain of Wealth yg ada keluar dlm rancangan Cyril kat Astro haritu.
esok nya check out park kete aku kat umah auntie aku kat gelang patah masuk tuas blk ngan 1 kereta rush marina. park kete marina kat Jurong East shopping complex dan naik MRT dari situ ke Orchard Road.

pukul 3 mcm tu baru sampai ke orchard road agak malang kerana hujan jd xbleh nak jln2 kat kaki lima lepak dlm shopping complex je dulu. dlm kul 5 lebih baru hujan berhenti dan kitaorg start jalan menyusuri kaki lima orchard road.

jalan2 berakhir di shopping complex 313 Sommerset shopping mall terbaru di orchard road ni. dan yg best ada butik UNIQLO antara brand Jepun yg famous baru dibuka. aku beli sweater hahahaha memang byk pilihan dan puas hati. kat malaysia nak jumpe brand uniqlo ni cuma ada kat bundle itu pun nasib kalo jumpe.

blk naik MRT dari stesyen Sommerset the Jurong East blk. Keluar check in tuas g gelang patah amik kete aku dan makan mlm kat restoran auntie aku. lps kitaorg gerak blk ke KL semula

ceritera