Akhirnya aku pakai maid kat rumah
Setelah lama menunggu akhirnya maid aku dihantar pada hari Ahad yg lalu. Kos? RM6500. Nak kata guna agent tak juga sbb orgnya tak macam agent buat macam part time tapi supply ramai juga.
Aku tanya lah camner dia datang sini. Dia citer dia kena pergi ke Bandar Surabaya ke agent sana untuk dibuat passport dan medical sekali. Keluarganya di kampung diberikan Rp500,000.00. Itulah gunanya duit yg aku deposit awal dulu. Ini kali ke2 cubaan dia untuk datang kerja ke Malaysia. Kali pertama kena tipu dia kena bayar Rp3,000,000.00. Tapi tak jadi apa. Kali ni duit satu sen tak keluar malah dapat duit lagi.
Maid aku dari Surabaya. Tujuannya untuk jaga anak aku sbb kalau dikira2 nak masuk anak ke3 nak hantar orang kopak juga lagi2 tinggal di KL. So kalau ada maid bukan setakat jaga anak jer rumah pun terkemas sekali.
Awal2 ni maid aku tak jaga anak lg. Anak aku still hantar ke babysitter diorg. Yelah baru sampai belum mesra dan biasa lagi. So tugas dia banyak kemaskan rumah aku je dulu. Dia cuma ambil anak aku awal sikit dari biasa. Aku dah tak rush sangat bila blk kerja utk ambil anak
Masak pun tak dibenarkan lgpun dia tak tahu lg masakan org Malaysia. Wife aku yg akan masak tghari dan malam.
Memang ada pros and conts pakai maid ni. Tapi belum cuba belum tahu
No comments:
Post a Comment