Showing posts with label Radio Amatur. Show all posts
Showing posts with label Radio Amatur. Show all posts

Monday, November 12, 2012

PTT

Ptt ku pengangkutnya patah, rakanku mdshaari cablenya koyak.. Aku igt nk amik badan pttnya tukar ngan cable aku. Sekali aku bukak dalam badan PTT perghh wiring tu kene solder ngan bord bukan tu jer tempat mic pun solder gak. Ni kalo aku bukak peluang utk ok sedia kala ni agak 50-50 gak ni heheh. Teerbatal aku nk tukar cable die.




Thursday, October 25, 2012

Balut antena Nagoya

lama dah aku nk balut bahagian bawah antena nagoya aku ni. Sebab die dah pecah bawah dan mudah terpatahan kalo drive laju. Balut menggunakan heat shrink yg boleh dibeli di kedai jalan pasar mengikut brapa mm diameter dan meter panjang. Biasa diorg jual siap2 potong semeter. Aku gunakan 15mm dan 6mm.
Caranya masukan heat shrink tu dan panaskan ia dgn lighter. Nanti gelung heat shrink akan mengecut dan menjadi ketat.
Dah balut baru nampak kemas.
Aku ada gambar dah siap jer.... hehehe lupa nk amik gambar sebelum dan ketika buat.


Friday, July 20, 2012

Rig Icom 2720 - Kini Kembali

akhirnya saat dinanti sudah tiba. Semalam semasa aku tengah training aku dpt sms "Ur unit repair ready for collection, RM80 cost transportation" dalam gembira ada bengan gak dah ler lambat kene charge transportation gak. Charge utk hantar claim repair kat Hong Kong. Hampeh tul. Tapi takpe la janji aku dapat guna rig balik. yahooo.com

Tak tunggu lama waktu lunch aku bergegas ke low Yat ambil itu rig. Disebabkan masa yg terhad aku cuma ambil tanpa menguji radas di kedai.

Malam baru aku pasang. Tapi alamak dah repair mesti yg die reset semua. Aduhhh kene tgk manual balik utk setting semua frequecy. Dah siap setting masih xsempat uji TX lg. Setakat monitor nampaknya RX ok. Mungkin esok baru boleh test TX. Lagipun kawasan rumah aku agak tidak menguntungkan utk test TX ke TDM.

Thursday, July 05, 2012

Rig Icom 2720 - Rosakkkk part2

Sudah  3 bulan rig aku dihantar repair ke kedai Zixuen kat Low Yatt. Betapa remuknya hatiku setiap kali call cakap xsiap lagi. Unit sangat ke set ni hingg nk repair pun amil masa yang lama.

Bagiku selepas ni pikir 2-3 kali nk beli set daripada kedai ni. Terlalu kecewa dah ni. Rege memang boleh nego masa beli tp after sales service yg slow mcm ni buatkan aku merasa hampa betul.

Semalam call lg die kata call balik minggu depan ada shipment sampai dari Hong Kong 10hbJuly. Harap2 rig aku ada sekali dalam shipment tu.

Tuesday, April 10, 2012

Rig Icom 2720 - Rosakkkk

Ni dah dekat seminggu aku hantar rig ICOM 2720 aku kat kedai low yatt. Tak siap2 lg checking. Repairnya belom lagi.
Kerosakan - monitor sebelah kiri xboleh nk RX sebelah kanan OK. mula2 aku igt QRM rupa2nya bila test sebelah kanan boleh. Sah sebelah kiri aku ada problem.
Nasib baik ada handy boleh gak pakai. Tapi aku nk pakai rig utk konvoi akhir bulan ni.

Tuesday, February 21, 2012

Lahirnya 9W2 Echo Bravo Kilo

Akhirnya penantian sebulan lebih terjawab selepas menduduki Peperiksaan RAE bulan Dis2011. Aku antara rakan EOCM yg lulus dalam exam itu.
Penantian berakhir tetapi memerlukan tugas lain utk mendapatkan callsign amatur (9W2). Ingat mudah ke asal lulus terus boleh dapat.
Next step lepas lulus, kene isi borang apply callsign, kene tunggu surat rasmi lulu dari SKMM, kene buat akuan sumpah, kena cari callsign kosong dan last kena amik 2 tandatangan callsign 9M2. Tidak lupe duit pendaftaran RM60 + RM2 X berape bulan hingga bulan DIS (max 5 tahun min 3 bulan)

Borang bleh print dari web SKMM - done
Surat rasmi sampai akhirnya ke rumah - done
Borang akuan sumpah dapat cop dan sign lawyer, dekat sebelah bangunan opis aku - done
Callsign kosong, memang banyak pilihan akhir ya dgn pertolongan 9W2ECS - mdshaari dapatlah EBK - done
Tandatangan 9M2, tq md peros 9W2PRS kerna tolong dapatkan sign 9M2AIR dan 9M2AIS - done
Duit daftar aku buat 2 thn dulu RM106 bank draft - DOne

Kerana kelapangan dan kerajinan mdshaari die tolong aku submit borang aku semua ke SKMM Cyberjaya dan tolong amikan sekali. Pada Mdshaari jasamu tatap kukenang.
Pada jam 10am 16Feb2012 sah aku pemegang callsign 9W2EBK

Thursday, December 22, 2011

Upgrade to rig ICOM IC2720H

akhirnya aku berjaya gak menyambar satu rig @ kotak hitam brand ICOM model ic2720H. Ini kerana aku agak tertekan menggunakan handy apabila keudara selalu dapat RX tp xboleh nak TX. Betul cakap otai2 radio nak maju dalam hobi ni kene la upgrade device kita. Jaluran dah ada pandai2 la kita nak mencarinya.
Walaupun model ni dah discontinue dan aku dapat adalah stock terakhir dalam simpanan kat kedai tu tapi performance dia agak memberangsangkan. Lagipun support kedai yang jual boleh dipercayai
Nak dijadikan citer ada gak 2-3 org tanya stock yg sama kat kedai tu tapi diorg tak jumpa. Mungkin dah rezeki aku time aku dtg tiba2 diorg baru jumpa stock tu.
Kenapa aku beli gak? Sebab aku nak rig yg dual monitor yang murah dan ini je yang murah setakat ni. Terpaksa amik dual band gak sbb takda rig single band dual monitor.

Spec die:
- Dual band dual monitor. V,V U,U V,U
- Kuasa pancaran VHF >50W>15W>5W UHF >35W>15W>5W.
- 212 memory channel. - cukuplah utk beginner macam aku.
- Panel separate boleh letak ikut suka. Ada kipas depan belakang.
Lain2 spec korang boleh search dalam internet.
Kurangnya die
- tak boleh nak save nama cuma tunjuk frequensi jer...
- takda GPS macam model baru, ada aku kesah janji dpt memancar

Dah pasang barulah lega boleh memancar dgn rakan2 jaluran komersial TDM (komersial je .. 9W2 belum ada lagi) yang mana repeater dia berada di Telapak Buruk, N.Sembilan.
Tak lupa ucapan tima kasih pada MdShaari TDM E-MS / EOCM536 kerana sudi membantu dalam pemasangan rig kt dalam mobile kita.

gambar sekitar pemasangan, lupa nak ambil dari awal sbb teruja sgt hehehe



Thursday, October 13, 2011

RAE 2011-2

Walaupun terlambat nk info tapi selagi belom tarikh tutup apa salahnya nak share. Lagipun aku pun baru hantar borang melalui post Isnin lepas (10/10/2011). Walaupun rakan2 lain hantar by hand apakan daya kita ni kerja office hour jd kita gunakan courier office jer send hehehe.


Deatailnya:

Tarikh Tutup Permohonan 28 Okt 2011 jam 5.00 petang

Tarikh dan Masa Peperiksaan 15 Dis 2011 jam 2.00 petang

Nak detail lagi tgk sini IKLAN RAE 2011-2

Nak download BORANG

ceritera