Wednesday, December 08, 2010

MyExora

 
Lama dah aku nak update exora aku kt sini tp tak berkesempatan
Setelah seminggu booking akhirnya 1 Dis 2010 exoraku selamat aku ambil di dealer Proton Edar Bdr Tasik Permasisuri. Exoraku spec MLine Manual berwarna merah
Esoknya terus aku ke Seremban untuk menyerahkan wiraku ke used car utk dijual. Walaupun terasa sayang tp nak buat camner tak mampu nk bayar kedua2nya sekali.

Tanpa berlengah aku pun meregisterkan diri ke kelab exora (EOCM). Register dan order starterkit RM85 sahaja. Pakej sticker dan baju tshirt. No keahlianku EOCM 804.


Exoraku ditintedkan terus oleh dealerku yg baik hati. Selain tinted aku juga telah memasang spoiler belakang baru nampak cantik lg. Tak lupa sticker carbon fiber kat body tepi utk menggantikan color body. Dealer aku juga telah memberi smart tag percuma. TQ dealer....
Setelah seminggu bawa mileage pun dah 500++km, tiada masalah apa2 berlaku pada exora ku alhamdullilah.

No comments:

ceritera