Pada 5.30 pagi ahad 19 april anakku khalilah di kejarkan ker emergency unit Hospital Port Dickson kerana sesak nafas.. Mula2 cuma diberikan gas tetapi setelah 2 kali pakai gas bacaan (aper tah xigt) masih dibawah 95 (normal dlm 97 max 100) die ditahan utk rawatan lanjut dimasukkan ke wad kanak2 utk satu malam
pakai gas di emergency unit
jika dilihat pada keadaan kelly tak mcm org sakit pun, suka betul dier bila time utk pakai gas (2 jam sekali) tapi ada sekali tu lepas pakai gas terus muntah keluar semua kahak dalam dada dier
siap bg sign peace lg tgk lah tu suka pakai mask nak pegang sendiri tak bg org lain pegang
malam aku yang menjaga kelly kat wad hospital... susah nya nak tido kat wad kerajaan ni kejap2 ada patient baru masuk.... esok pagi doktor check dan sahkan kelly dah bleh kuar lega rasanya tak perlu nak lama2 duduk dlm wad...
pada 6 april yg lalu aku bersama isteri dan 2 orang anak gadisku telah mengholidaykan diri ke pulau langkawi. aku telah booking pakej GoHoliday AirAsia 3 hari 2 malam berjumlah RM694 jer.... kira murah laaa utk kami ber4: tiket flight pergi-balik dan juga penginapan hotel Awana Porto Malai lagi. aku malas nak tulis ni detail goholidays tu
Flight Information
Departure
06-Apr-2009 (Kuala Lumpur - Langkawi) 6302 10:20 - 11:20
Return
08-Apr-2009 (Langkawi - Kuala Lumpur) 6305 12:50 - 13:50
Hotel Information
Hotel
Awana Porto Malai
Address: Tanjung Malai,,Langkawi,Malaysia Hotel telephone: 604 955 5111 Local Contact:
Room Type
SuperiorGarden View - Big Promo
Board Type
Room with Breakfast
Check-In Date
06/04/2009
Check-Out Date
08/04/2009
Hari pertama 6 April bangun pagi2 siap2 dah call org teksi waja pakcik omar 0162521984 pakcik ni memang baik kereta pun OK dan selesa dan dia memang bawa org pergi blk LCCT/KLIA sahaja (promote ni) dia charge RM70 jer dari Bdr Tasik Selatan ke LCCT
Sampai jer LCCT kami checkin dan rupanya bagasi kalo tak buat bayaran awal2 masa penempahan kita kena byr masa checkin bagasi kami 20kg = RM20 cash byr kat situ
Naik flight pun ok takda delay.. khalilah suka gila masa take off takda rasa takut pun. Tp kesian kyra sbb aritu die baru nak tumbuh gigi ke5&6 nya memang die rasa tak selesa dan merengek jer sepanjang perjalanan cuti itu
Sampai ker kami kat langkawi aku terus call org kerete sewa yg memang aku dah tempah kat sini tapi tolong jgn tempah wira amik laaa kereta baru... nyesal aku amik wira aritu condition kereta agak teruk
Dapat jer kereta mcm biasa korang kena isi minyak dulu lepas tu kami melawat tempat beras terbakar (beras dlm bekas jer yg tinggal). Rupanya kws rumah org tempat tu.
Lps melawat tu kami terus check in hotel dan makan tghari (beli kat kedai makan) kat dlm hotel
siap2 makan kami g Underwater World. Best gak arr bleh tgk penguin secara life walaupun dlm tempat tu xda la menarik sgt
Then kami pergi ke Pekan Kuah tempat dituju Haji Ismail Group (cawangan yg jual coklat jerk) beli coklat sebanyak2nya habis dlm RM600 gak arrr utk coklat jerk penuh beg troli yg sederhana besar tu kami isi
Sbl balik hotel berhenti makan di restoran tepi jalan sepanjang jln nak ke hotel. Harga tidaklah mahal dan sedap.
Hari ke2 7 April pagi2 sarapan dulu. Sarapan di Hotel memang memuaskan byk pilihan dan sedap. Kami melawat ke makan mahsuri, dataran Lang (dataran kena kena lawat pagi sbb ptg pukul 2 dah start hujan)
dan Galeria Perdana. Sbl ke Galeria singgah kejap kt Haji Ismail Group (cawangan yg jual selain coklat) geram jer wife aku tgk pinggan mangkuk yg memang murah tapi camner nak bwk blk nanti.
PTG start hujan selepas kami melawat Galeria Perdana. Dari galeria aku amik jalan pusing ke sebelah atas melalui pantai pasir hitam, Kompleks Kraf, Cabel car dan Oriental Village. kirnya kami memang jalan mengelilingi satu pulau langkawi.
Kami makan malam kat hotel sbb dah tak larat nak keluar ditambah lg cuaca masih hujan
Tips: jgn dtg langkawi bulan March dan April kerana musim hujan
Hari ke3 8April last day lepas sarapan kami terus ke Airport... aku tanya kat org sewa kereta camner nak pulangkan blk. Dia ckp park je kereta kat parking airport kereta jgn kunci dan kunci kereta letak kat dashboard sudah. nanti pandai2 diorag dtg amik. perghh aku tanya: tak kena curi ker? dia jawab: Ini langkawi....
Flight delay 1 jam terpaksa laa tunggu
kami sampai KL jam 2 ptg dan pakcik omar telah sedia tunggu kami sbb memang dan janji ngan dia pun....