Tuesday, June 01, 2010

Due on 19 Dis 2010

Teka, due apa? Due untuk adik kepada kyra untuk lahir ke dunia. Harap-harap kali ini baby lelaki yang akan keluar. Hari sabtu 29hb May buat check up dengan Dr.Idora (Dr yg sama sambut kelahiran kyra) di Hopistal Pantai Bangsar. Dr yang cukup baik dan sangat ok.
Check-check rupanya dah masuk 3 bulan wife aku pregnant dan due pada 19 Disember nanti. Baby dah besar 42mm, dah ada kepala, badan, tangan dan kaki. Cuma jantina belum nampak lagi heheheh. Harap baby membentuk dgn cukup sifat dan sihat. Amin.

Kelly n Kyra n Shrek


jumaat 28 May 2010 aku membawa wife serta anak-anakku kelly n kyra menonton filem Shrek Forever After di GSC Premier The Garden Mid Valley. Tiket memang mahal sbb seat semua berdua2 saja. Senang sbb bawak budak kecil dua orang ni
Kelly ok lah die dah pandai tgk movie duduk je sambil makan twisties tapi adik die kyra nangis lak pada mula2 ada iklan di screen sbb takut tgk screen besar sgt. Lama-lama dah pujuk ok blk. Kakak dah nak abis citer mula lah bosan main lampu kat tangga.
Cerita ini mengingatkan kita supaya menghargai apa yang kita ada. Jangan bila dah takda baru menyesal

ceritera