Monday, July 23, 2012

Khalilah - Puasa Penuh!!

Tahniah Khalilah Nazmi anak sulungku yg kini sudah berusia 6 tahun dimana semalam dia berjaya berpuasa penuh selama satu hari. Memang ada kedengaran dia meminta nak minum air tapi kutahankan juga dengan menyibukkan dirinya bermain permainan. Lama-lama dia pun lupa rasa lapar.

Hari cuti kat rumah memang senang nak latih anak berpuasa. Tak tahulah apa jadi dia harini kat nursery. Memang lah dia pun turut serta bersahur sama. Tapi bila terlalu banyak main mulalah rasa lapar dan dahaga. Harap kakak dapat bertahan di nursery.

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa Ramadhan 1433 Hijriah

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat diluar sana. Diharapkan rakan2 semua bergembira dan berjaya mengharungi cabaran bulan Ramadhan nanti yg insya-Allah bermula esok Sabtu 21 July 2012.
Marilah kita berdoa semoga dapat menempuhi dugaan bulan Ramadhan seterusnya meraikannya pada Aidilfitri nanti.

Nah jadual berbuka dan sahur utk KL dan kawasan sekitar

Rig Icom 2720 - Kini Kembali

akhirnya saat dinanti sudah tiba. Semalam semasa aku tengah training aku dpt sms "Ur unit repair ready for collection, RM80 cost transportation" dalam gembira ada bengan gak dah ler lambat kene charge transportation gak. Charge utk hantar claim repair kat Hong Kong. Hampeh tul. Tapi takpe la janji aku dapat guna rig balik. yahooo.com

Tak tunggu lama waktu lunch aku bergegas ke low Yat ambil itu rig. Disebabkan masa yg terhad aku cuma ambil tanpa menguji radas di kedai.

Malam baru aku pasang. Tapi alamak dah repair mesti yg die reset semua. Aduhhh kene tgk manual balik utk setting semua frequecy. Dah siap setting masih xsempat uji TX lg. Setakat monitor nampaknya RX ok. Mungkin esok baru boleh test TX. Lagipun kawasan rumah aku agak tidak menguntungkan utk test TX ke TDM.

Thursday, July 05, 2012

Rig Icom 2720 - Rosakkkk part2

Sudah  3 bulan rig aku dihantar repair ke kedai Zixuen kat Low Yatt. Betapa remuknya hatiku setiap kali call cakap xsiap lagi. Unit sangat ke set ni hingg nk repair pun amil masa yang lama.

Bagiku selepas ni pikir 2-3 kali nk beli set daripada kedai ni. Terlalu kecewa dah ni. Rege memang boleh nego masa beli tp after sales service yg slow mcm ni buatkan aku merasa hampa betul.

Semalam call lg die kata call balik minggu depan ada shipment sampai dari Hong Kong 10hbJuly. Harap2 rig aku ada sekali dalam shipment tu.

ceritera