Thursday, September 20, 2012

Konvoi Raya SRJ 15 Sept

Dikesempatan aku balik JB pada 15 Sept yg lalu kerana ada majlis kahwin sepupu wife aku Ahad 16 Sept, aku menjointkan diri ke konvoi raya SRJ. Tempat berkumpul di rumah Lordnix/Raptor kt Bdr Dato' Onn. Selepas itu aku follow diorg ke tempat pertemuan ngan polis trafik.

Total dalam 47 biji kereta termasuk 3 wakil dari CR (aku, kerol dan din kfc). Dari SRJ (Sero, yayan, jeff, diip, myzam, aliamir, nek, merlin, wanreno, rayan, zamaney, lutfi, budin, sahlan, firdaus, atie fadila, kazman, naza, manarab, hazran, pie ganu, izan ytl, jeffry, salim, hairy, shan cobra, napi, oja, azeri, arni ar, rihami, muhan, abg basir, rapnix, ajid, asher, alfian, guane gamok, man bdo, kawan man, kawan man, razak, ragzee)

Nampaknya SRJ masih kurang dlm segi peralatan komunikasi utk konvoi kerana cuma 20% sahaja ada handy. Agak sukar gak nk memberi info jika rata2 peserta konvoi tiada handy. Mungkin racun SRJ belom cukup kuat lg. Cikgu Napi kene giatkan usaha.

Konvoi berakhir di rumah S/U Belia 4B Johor dimana beliau dgn murah hati sponsor SRJ buat open house. Ini kerana SRJ telah banyak bekerjasama menjayakan program belia 4B johor.






Thursday, September 13, 2012

Persembahan Gamelan - Intekma Resort

Persembahan Wedding kat Intekma resort pada Ahad 9/9/2012





Tuesday, September 11, 2012

MyGT -Tukar sprocket

Akhirnya aku akur sprocket aku kene tukar gak. Walaupun giginya masih cantik tak abis lagi tapi rantai sudah gelong2. Rantai pun aku dah 2 kali potong.
Rantai dan sprocket ni memang aku xpernah tukar sejak beli Jan 2011. Sekarang sudah pakai 60 000km. Mungkin set default manufacturing ni memang tahan lama.
So pagi ni aku tgk makin teruk rantai ni kembang kuncup. Sebelum aku pernah tanya berapa rege1 set RM48 kt kedai area umah aku. Tapi arini aku g tukar lepas hantar wife ku g keje dekat2 area pudu pun rege RM48.So aku rasa memang std price laaa kot dgn rantai SSS.
Tadi boleh pulak lupa nk snap gambo...

Wednesday, September 05, 2012

kuih tradisi

dalam banyak2 rumah aku g beraya cuma rumah makcik aku kt pontian jer menghidangkan kebanyakan kuih tradisi yang orang jarang hidangkan.

ada kuih barang buruk, dodol, wajik, bangkit dan bahulu.


Persembahan Gamelan - Wedding UIA Gombak

Lama aku xupdate citer pasal persembahan gamelan. Parttime gamelan ni masih ada lagi terutama bila musim cuti sekolah atau cuti panjang ada permintaaan untuk wedding. Asal ada cuti panjang jer ada org kahwin sekarang ni xkira la hari raya ke ape.

Sabtu 1 September 2012 / 14 Syawal 1433 group gamelan aku membuat persembahan wedding kat dewan dalam UIA Gombak.








ceritera