Pada Sabtu 2 Nov 2013 aku dan beberapa rakan EOCM (total 6 exora semuanya) telah mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Lanchang Pahang. Melihat dab memegang gajah dari dekat.
Memang dah lama hajat dihari nak kesini bila ada peluang ni memang aku bersetuju ikut sekali.
Gerak drp KL dalam pukul 8:30 pagi singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Kuala Gandah. Disebabkan minggu tu ada cuti sambung (Selasa-Deepavali, so isnin ada org sambung cuti) maka jalan tu banyak gak kereta terutama di pintu tol agak sesak sikit.
Kami tiba di Pusat Konservasi jam 11:00 pagi. Kena mendaftar dahulu semua ahli rombongan untuk mendapatkan pas lawatan dan ia adalah percuma. Sesi pagi ni adalah memberi makan kepada anak2 gajah. Makanan seperti kacang, pisang dan tebu ada dijual berdekatan.
Setelah puas bagi makan gajah kami pulak nak makan tengahari. Makan secara potluck. Disana byk kawasan boleh kita berpiknik selain ada juga gerai makan didalam dan diluar pintu masuk.
Jam 1 sesi video bagaimana mereka menangkap dan membawa balik gajah2 liar drp hutan.
Jam 2 sesi bersama bapak gajah pula. Kita boleh memberi makan kepada gajah2 ini dengan makanan yang disediakan oleh mereka. Gajah2 ini akan membuat sedikit aksi mengikut arahan penjaga mereka.
Dalam jam 3:30 kami beredar pergi ke DeerLand pulak. Tempat ni lagi kecil drp tempat gajah tadi. Jika pergi beramai2 kemungkinan sukar untuk mendapat tempat parking. Dengan bayaran rm6 dewasa dan rm3 kanak2 agak berbaloi gak sebab boleh bagi makan rusa dan tempatnya bersih dan terjaga. Selain rusa ada juga binatang2 lain seperti burung, ayam, landak, ular, dan arnab.Ini adalah ladang persendirian yang dikomersialkan.
Jam 5 kami bergerak pulang ke KL semula.
Wednesday, November 06, 2013
Monday, October 14, 2013
Selamat Hari Raya Haji
Selamat menyambut hari raya haji kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia....
Tuesday, September 17, 2013
MyExora - TT Bunga Api Putrajaya
Sabtu 14 Sept 2013 group jajahan 3G (Ampang-Cheras-Kajang-Bangi-Semenyih) Exora Owner Club Malaysia PPM-006-05-10012013 membuat TT melihat pertandingan bunga api di Putrajaya.
Mereka dah pergi awal jam 6:30 ptg bermaghrib di surau PICC. Aku lak lambat selepas margrib baru kuar rumah.
Kami park di tepi jalan ke jambatan di depan PICC. Nasib aku baik kerana diorg rapat2 kete utk aku menyelit antara kereta sbb polis cuma bagi park satu barisan jer tidak boleh dua barisan. Dan timing aku memang baik kerana selepas jer aku masuk polis tutup jalan ke jambatan tu drp PICC.
TT secara potluck masing2 membawa makanan. Hujan turun dalam jam 9:30mlm. Walau begitu jam 10:00 bunga api tetap dibakar. Dalam berpayung gak kami melihat bunga api

Subscribe to:
Posts (Atom)