Monday, November 23, 2009
Jalan2 Langkawi 2009
pada 13-15 nov opis wife aku buat trip pergi Langkawi. Chartered 1 bus ekspress. adalah dlm 40 org yg pergi buat pertama kali kelly n kyra naik bas dan ferry (aku pun 1st time naik ferry) heheheh. Yelah sbl ni pergi mana2 pun naik kereta. mana pernah naik bas
Bertolak dari KL Sentral dlm pukul 11.00 mlm dan tiba di jeti Kuala Perlis dalam jam 5.30 pagi. agak laju juga bas ni bawa. Pastu naik ferry pukul 8 camtu. perjalanan dlm masa 1 jam lebih kurang sampai di jetty Kuah
Di sana bas ada menanti kami terus ke Galeria Perdana himpunan hadiah2 yg terima Dr Mahathir semasa beliau menjadi PM
selepas itu kami ke kilang gamat dan tempat memborong kain batik
Hajat nak naik cable car tidak kesampaian kerana masa tidak mencukupi dan cuaca tak berapa nak elok.
Petang kami pergi island hopping. pergi ke pulau dayang bunting mandi kejap kat tasik die. lps tu pergi eagle feeding dan akhir sekali ke pulau beras basah. tak boleh nak lama2 sbb hari hujan
malam aktiviti bebas takda ape nak buat lgpun dah penat. kelly n kyra tidor awal dah kepenatan,
esok pagi2 lepas sarapan naik bas pergi ke pekan Kuah utk shopping. sbl berangkat balik naik ferry pukul 2.30 ke kuala perlis, kami singgah ambil gamba di dataran Lang
sampai jetty Kuala Perlis naik bas terus blk kl. singgah kat butterworth utk makan mlm. Sampai KL dlm kul 1 pagi di KL Sentral. Naik teksi blk rumah RM26 bolehlaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment