Monday, February 28, 2011

My Exora - D.I.Y. Tampal Calar

Salah satu keuntungan berforum ialah kita dapat info. Antara info menarik aku dapat, menempek minor calar.
Pertama kene beli set cat dulu kat www.ezytouchup.com . Yang bestnya cat untuk warna Plum Red Exora pun ada dan memang sebijik warna die. Satu set rege die RM63.90. Cara-cara nak guna ada ditulis dalam website tu sekali.

Aku dah beli lama dah cuma tiada masa nak buat lagipun rumah aku rumah apartment lag tambah malas. Hari minggu aku balik rumah kakak ipar rumah teres barulah ada masa nak buat. Ini aku postkan gambar sebelum dan selepas kejadian

Sebelum  
Selepas

Sebelum
Selepas

Sebelum

Selepas
 Memang tempekan tak sehalus macam cart baru. Mungkin aku bukan org yang berseni halus. Tapi asalkan dapat menutup parut aku dah puas hati.


Thursday, February 24, 2011

My Exora - DVD

semalam dapat gak aku buat penukaran habis-habisan utk ICE exora aku. Di mana player aku telah tukat ke double din tambah roof monitor dan reverse camera sekali. Bukan ape senang budak2 duduk je tgk citer dlm kete. Senang gak nak mereverse kete sekali

pemasangan dilakukan di kedai accesories:
nama: Eleven A Nilai
lokasi : lot 209&210 jalan nilai 3/6, nilai 3, negeri sembilan
gps garmin koordinat: N 2" 51.334' E101" 48.38'
tokey kedai: CHIA 019-6694800 (CALL OR SMS)
Email : chia_911@hotmail.com
call dulu sbl datang buat appoitment sbb die nak prepare brg dan org selalunya ramai terutama hari minggu... yelah bini sibuk cari kain lakinya g survey kedai accessories.
sbb aku pilih..
- tak perlu potong casing, ngam2 je masuk
- tak perlu potong wayar
- boleh pakai balik control stereng. byk kedai aku tanya sume ckp xbleh nak pakai balik

Eleven A

Player HD brand LV Audio

roof monitor 9.2 inch


antenna TV

Reverse camera

Thursday, February 17, 2011

My Exora - Eyelid

aku akhirnya akur dan terpengaruh dgn rakan2 eocm untuk menambah eyelid di exora aku
lihatlah hasilnya. Dibuat oleh seoarang freelancer penempek sticker yg menggelar dirinya Yaxan dan tinggal di Shah Alam. call die 0129108050 utk buat temujanji dahulu.


proses menempek

sisi kanan


sisi kiri

pandangan depan

Wednesday, February 09, 2011

My Exora - Smoke HeadLamp

semalam aku dapat MC sbb cabut gigi. Sakitnya sampai ke kepala. tapi dari membuang masa nak tidur jer baik aku layan kete aku. Dari office aku balik rumah ambil Exora terus menghala ke Shah Alam. Tujuan ke kedai KKP Auto buat smoke headlamp. heheheh

gambar sebelum

Proses buka head lamp kena buka bumper dulu


process nak buka rangka dalam


Sudah disembur hitam

dah sembur pasang balik letak silicon
Pandangan hadapan dua2 dah smoke
Close up
total 2 jam masa diperlukan utk membuat smoke ni. Chargenya cuma RM80. Alamatnya no6, Jalan Pinggiran USJ 1/8. Warranty air tak masuk, kalo masuk buat balik
Garmin
N: 03" 03.042'
E: 101" 33.338'

ceritera