Monday, May 30, 2011

Masalah handy dalam jalopy

Handyku bermasalah bila on dalam Jalopy. Mula2 igtkan antenna tukar baru pun sama gak. Pastu buat earthing cable pun sama gak. Rupa2nya masalah dengan radio fm kereta. Bila on radio FM penerimaan handy terus terputus. La handy ke bermasalah. Cuba handy di kereta orang lain dan confirm bukan handy tapi radio FM aku bermasalah.
Pergi ke kedai acc yg pasang radio fm double-din aku rectify apa masalahnya rupanya ada satu connector kalo dipasang handy akan terputus cabut jer ok. Masalahnya connector tu utk reverse camera dan monitor tgh aku... Last2 kedai tu kasi tukar satu set radio baru FOC. Radio baru ni connectornya builtin sama jenis cuma dalaman jer lain.

Connector putih tu yg buat masalah

Ni ler cable yg masuk ke connector putih tu

Dah tiada connector putih, ia built in terus

Monday, May 23, 2011

TT geli-geli Istana 3G

Semalam berlangsungnya TT mandi-manda EOCM jajahan 3G bertempat Air Terjun Sg Manggis Ulu Langat berdekatan ngan Sg COngkak. Kehadiran dgn kekuatan 16 biji Exora dgn penyertaan selain jajahan 3G dari geng Kerabat, PTJ dan Ganazzz. Senarai yg hadir adalah
1-  Datok Prezz Andalas
2-  Sayutie
3-  Noh
4-  Syawal
5-  Zul Penghulu Putrajaya
6-  Tok Abah
7-  Akuamy82
8-  Shahrulnavy
9-  Nuar79
10- Kamalita
11- Brader Z
12- Zul'07
13- Bob
14- Shieft
15- Rosly
16- Dean Putih


Majlis memang meriah dgn acara adalah bebas: makan dan mandi dan makan dan mandi lagi sampai puas. Disebabkan ptg sbl tu hari hujan maka air pada pagi tu sgt deras. Jadi anak2 hanya mandi ditepian manakala bapak2 mandi di tengah hehehe. Makanan adalah secara potluck memang byk makanan tersedia
Pada mulanya risau gak jika meehoon yg aku bawak tak cukup, sekali semua kuar makanan perghh macam2 ada. Yang penting majlis pada hari tu memang puas hati dan happy.
Gambar2 tunggu rakan2 lain upload kat forum aku malas nak bawak camera tumpang camera rakan yg lain jer (yelah diorg DSLR aku camera biasa je)

Tuesday, May 10, 2011

My First Handy

Akhirnya dengan pertolongan MdShaari TDM N41dapatlah aku membeli set Handy dual band jenama Quansheng di LowYat Plaza. Bukan setakat handy jer siap antenna untuk Jalopy sekali. Antenna untuk handy juga aku tukar kepada jenis teleskopik, boleh pergi lagi jauh. hehehe....


Selamat Hari Ibu

 Minggu lepas adalah sambutan hari Ibu. Pada ibuku di kampung hanya panggilan dan kiriman sms kuberikan.
Pada isteriku ibu pada anak2ku, kami menyabutnya di TGI Friday di Alamanda Putrajaya. Tempatnya besar dan selesa. Ada diskaun utk para ibu dimana diskaun diambil mengikut umur ibu. Kalo kita bawa ibu kita berumur 60thn maka dapat diskaun 60% tapi hanya utk makanan yg ibu makan jer....


Wednesday, May 04, 2011

TDM Radio Communication

Satu lagi jaluran komersial radio ham di Malaysia. Menariknya TDM mempunyai

3 Lokasi Pancar Ulang Seperti Berikut:
1 ) (9MY453) GUNUNG ULU KALI - GENTING  ( 143.0875 )
2 ) (9WD934) GUNUNG TELAPAK BURUK  - NEGERI SEMBILAN ( 143.5125 )
3 ) (9WD540) GUNUNG LEDANG - MELAKA / JOHOR ( 143.5500 )

Ini adalah sbb mengapa aku memilih utk mendaftar di jaluran ini. Bukan ape kalo nak pakai handy dan letak ekor pari (antenna) kat exo aku kena la ada lesen sekurang2nya lesen komersial. Lagipun promosi untuk menjadi ahli dgn harga RM165 sehingga 8hb Mei ni je. Selepas ini perdaftaran baru akan dikenakan RM265.
Aku dah terasa bagaimana keadaannya jika berkonvoi xda handy ni. Jadi aku xmau lepaskan peluang ini dgn mendaftar di jaluran TDM. Lagipun memang area yg dia cover adalah area yg selalu aku akan pergi pun... 

EOCM SUT 2 Selepas



akhirnya selesai sudah acara kemuncak Sambuntan Ulang Tahun 2 (SUT2) EOCM yg berlansung dgn jayanya. Konvoi dimulai di COE berakhir di MIRP Lumut. Perjalanan yg lancar walaupun terputus-putus, yelah ada 100 lebih kereta nak konvoi di jalan kampung yg banyak traffic light memang terputus2. Tetapi dari Giant Manjung ke MIRP dieskort oleh polis traffic.
Tgk jelah gambor2 dibawah ni.

Berkumpul di COE

checkpoint2 kuala selangor

check point3 giant manjung



PArking sebelah MIRP

ceritera