EOCM sekali lg menyambut ulangtahun kali ni yg ke 3 pada 5-6 May 2012 yang lalu. Bertempat di Gold Coast Morib Selangor.
Sebanyak 220 biji kereta Exora mengambil bahagian.
Konvoi bermula dari COE USJ. Di mana peserta berkumpul dahulu tidak kira dari Utara, Selatan, Pantai Timur dan juga Tengah. Konvoi diringi dgn pihak polis trafik. Agak jem juga dibuatnya sepanjang perjalanan kami ke Morib. Ini adalah konvoi kederaan terpanjang di Malaysia setakat ini.
Dengan harga diskaun kami menginap di Gold Coast Morib. Keadaan bilik cukup selesa ditambah ada jacuzi setiap bilik penginapan. Tapi sayang ada jacuzi tanpa air tak berguna juga. Pihak hotel lambat mengambil tindakan untuk mengatasi masalah air. Dari kami sampai jam 2petang hingga 12 tengah malam baru ada air. Itu pun slow.
Nasib baik ada taman tema yang menyeronokan terutama kanak2. Terubat sikit hati yang membara kerana tiada air.
Malam ada dinner rasmi kelab. Makanan mencukupi dan sedap. Cuma PA system agak tak berapa sebab orang meja dibelakang tidak dapat dengar dan melihat tanyangan di depan. Yelah 220 peserta dengan family masing-masing dah 1000++ orang.
Esoknya selepas sarapan ada permainan air. Tghari checkout. Sebelum berpisah ambil gambar dahulu sebagai kenang2an.
No comments:
Post a Comment