Tuesday, April 23, 2013

Jalan2 Singapura

Minggu ni kami sekeluarga g jalan2 ke singapura.
Gerak jumaat ptg dari KL singgah PD ambil ayah dan ibu mertua dulu. Samapai di checkpoint Woodland dalam jam 1.00 pagi. Jalan agak lengang. Memang target macam itu pun sebab kalo awal2 confirm jemm. Kitaorg g umah kakak ayah mertua ku di Woodland tak jauh daripada checkpoint.
Firsttime bawak exora masuk kenela beli auto pass rege S$10 dgn value dalam kad S$4. Nanti topup kat 7E paling senang sebab kad itu boleh juga digunakan utk parking.

Sabtu kitaorg jalan2 ke Merlion pusing2 bandar, g makan kat Pasar Geylang di Geylang Serai. Makanan kalo ikut rege diorg memang murah. Jgnla sibuk nk convert jer kan. Air minum rata2 dalam S$1.50. Makan lak dalam range S$4-6.
Petangnya pusing kt Pasir Ris area pantai dekat dgn Changi.
Malam makan di Mak's Place kat mana aku pun xigt lak sbb follow jer.

Ahad pagi2 bfast kt McD agak terkejut gak sbb set diorg besar2 tu set hotcake diorg 3 biji + sausage. Kat Malaysia hotcake 2 biji + sausage. Lepas bfast kitaorg gerak balik masuk malaysia. Masa diambil xdala lama sgt nk melepasi checkpoint tapi kalo petang sket kompom sesak.

Perjalanan kali ni saja kitaorg nk melawat saudara pun xdala nk g mana2 sgt. Lain kali bercuti ke sini mungkin kene amik cuti lama sket baru byk tempat bleh explore


No comments:

ceritera