Sabtu 12 April 2014 nursery anak2 aku telah mengadakan hari keluarga di Embun Resort Janda Baik. Sebanyak lebih kurang 25 keluarga telah menyertainya.
Kami berkonvoi daripada Bdr Tasik Selatan pada Sabtu pagi dengan 18 kereta pelbagai jenis.
Sebelum itu pihak taska dan beberapa family ada dah pergi dahulu pada Jumaat malam.
Sampai disana kami bersarapan dahulu sebelum bersukaneka. Sebelah petangnya kami mandi beramai2 di sungai. Acara official adalah sabtu sahaja. Jadi mana keluarga yang tidak bermalam boleh pulang pada sebelah petangya. Tapi kebanyakan family bermalam disana dimana telah ditempahkan chalet berdekatan dengan bayaran sendiri. Aku tidak mengambil chalet tapi tempah di hotel Ceringin Hill Resort yang juga berdekatan dengan Embun Resort itu.
Sebelah malam ada bbq disamping acara tambahan khemah berhias.
Esoknya masing2 balik ke rumah masing2 semula.
No comments:
Post a Comment