Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H kepada semua rakan muslimin dan muslimat.
Tahun ni turn raya pertama kat kampung aku di Johor pula. Seperti biasa kalo nak balik Johor singgah di kampung mertua dulu di N9.
Aku gerak daripada KL ke N9 Sabtu pagi. Jalan ke selatan lancar jer. Lain pula dengar ceritanya rakan ke Utara dan Pantai Timur. Katanya sesak nak ke Ipoh pun sampai 5 jam.
Ahad pagi2 buta dalm kul 2 pagi kami dah gerak balik ke Johor. Singgah di Melaka amik Itik rendang special yang kami dah tempah siap2.
Daripada Melaka hujan dan mula turun hingga kami sampai kampung. Terpaksa laa bersahur beli bungkus makan dalam kereta semasa di RnR Pagoh.
Kami gerak balik semula ke KL pada hari Jumaat. Tapi bukan ke KL dulu. Singgah dulu rumah mertua. Sabtu baru betul balik KL. Tu pun singgah beraya open house kawan dulu di Semenyih. Daripada Seremban ke Semenyih aku ikut jalan lama jer..
Pergerakan highway masih lancar masa kami balik.
No comments:
Post a Comment