Tuesday, November 12, 2013

Planet Gempak Astro

Ahad 10 Nov 2013 lepas aku dan family berjalan2 ke Planet Gempak Astro di Bukit Jalil. Tak jauh daripada rumah. Biasanya Jom Heboh Media Prima tapi kali ni Planet Gempak Astro pula. Tujuannya sama mendekatkan peminat dan pembayar2 saluran Astro dengan artis2 jemputan dan artis rancangan keluaran Astro.
Macam biasa kami keluar awal pagi dalam jam 10 sebab nak elakkan kesesakan dan senang nak cari parking. Selain cuaca masih redup nak berjalan ke booth2 pun senang. Kebanyakan artis hadir pada jam 11 disetiap booth.
Menariknya hampir semua booth menawarkan photoshoot secara percuma dan dpt salinan print pada waktu itu juga. Cuma kalo ramai kene tunggu que laaa. Service yg pertama kali dan terbaik pernah aku cuba dan rasa sepanjang melawati event2 seperti ini. Semua booth pun ada aktiviti secara percuma untuk dicuba dan ada hadiah.
Lebih puas hati melawati event Planet Gempak Astro ni walaupun ini pertama kali Astro mengadakannya  jika nak dibandingkan dengan event lg satu yg sudah terlalu lama ditakuk lama..






Wednesday, November 06, 2013

Jalan2 - Kuala Gandah

Pada Sabtu 2 Nov 2013 aku dan beberapa rakan EOCM (total 6 exora semuanya) telah mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Lanchang Pahang. Melihat dab memegang gajah dari dekat.
Memang dah lama hajat dihari nak kesini bila ada peluang ni memang aku bersetuju ikut sekali.
Gerak drp KL dalam pukul 8:30 pagi singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Kuala Gandah. Disebabkan minggu tu ada cuti sambung (Selasa-Deepavali, so isnin ada org sambung cuti) maka jalan tu banyak gak kereta terutama di pintu tol agak sesak sikit.
Kami tiba di Pusat Konservasi jam 11:00 pagi. Kena mendaftar dahulu semua ahli rombongan untuk mendapatkan pas lawatan dan ia adalah percuma. Sesi pagi ni adalah memberi makan kepada anak2 gajah. Makanan seperti kacang, pisang dan tebu ada dijual berdekatan.
Setelah puas bagi makan gajah kami pulak nak makan tengahari. Makan secara potluck. Disana byk kawasan boleh kita berpiknik selain ada juga gerai makan didalam dan diluar pintu masuk.
Jam 1 sesi video bagaimana mereka menangkap dan membawa balik gajah2 liar drp hutan.
Jam 2 sesi bersama bapak gajah pula. Kita boleh memberi makan kepada gajah2 ini dengan makanan yang disediakan oleh mereka. Gajah2 ini akan membuat sedikit aksi mengikut arahan penjaga mereka.
Dalam jam 3:30 kami beredar pergi ke DeerLand pulak. Tempat ni lagi kecil drp tempat gajah tadi. Jika pergi beramai2 kemungkinan sukar untuk mendapat tempat parking. Dengan bayaran rm6 dewasa dan rm3 kanak2 agak berbaloi gak sebab boleh bagi makan rusa dan tempatnya bersih dan terjaga. Selain rusa ada juga binatang2 lain seperti burung, ayam, landak, ular, dan arnab.Ini adalah ladang persendirian yang dikomersialkan.
Jam 5 kami bergerak pulang ke KL semula.






















Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Haji

Selamat menyambut hari raya haji kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia....

ceritera