Tuesday, November 12, 2013

Planet Gempak Astro

Ahad 10 Nov 2013 lepas aku dan family berjalan2 ke Planet Gempak Astro di Bukit Jalil. Tak jauh daripada rumah. Biasanya Jom Heboh Media Prima tapi kali ni Planet Gempak Astro pula. Tujuannya sama mendekatkan peminat dan pembayar2 saluran Astro dengan artis2 jemputan dan artis rancangan keluaran Astro.
Macam biasa kami keluar awal pagi dalam jam 10 sebab nak elakkan kesesakan dan senang nak cari parking. Selain cuaca masih redup nak berjalan ke booth2 pun senang. Kebanyakan artis hadir pada jam 11 disetiap booth.
Menariknya hampir semua booth menawarkan photoshoot secara percuma dan dpt salinan print pada waktu itu juga. Cuma kalo ramai kene tunggu que laaa. Service yg pertama kali dan terbaik pernah aku cuba dan rasa sepanjang melawati event2 seperti ini. Semua booth pun ada aktiviti secara percuma untuk dicuba dan ada hadiah.
Lebih puas hati melawati event Planet Gempak Astro ni walaupun ini pertama kali Astro mengadakannya  jika nak dibandingkan dengan event lg satu yg sudah terlalu lama ditakuk lama..






No comments:

ceritera