Pada Ahad 17/07/2011 EOCM SR telah mengadakan satu TT nangkis dan durian bertempat di MBA Resort Minyak Beku, Batu Pahat. Disamping mengadakan pertandingan badminton juga diadakan sekali makan durian beramai2. Bayaran cuma RM35 sekeluarga
Disebabkan aku memang blk kg aku Pontian Sabtu sbl tu, so aku lps reunion sekolah terus pergi ke MBA resort bermalam chalet disitu. Ada dalam 3 keluarga EOCM SR yg akan bermalam sekali kerana mereka AJK. Malam itu yg tidor skali Thrill, Lordnix dan Man. Adha dan Nazreen cuma bersama makan malam seafood kemudian mereka blk rumah.
Stok durian dihantar pada malam tu dan ada dalam 200++ kilo. Test dulu rasa memang lazat tak terkata, durian fresh ler katakan. Makan masa tengah malam lak tu time tgh sejuk. Memang betul2 menikmati rasa durian. Aku yg kurang makan durian pun memang xboleh nak menolak.
Pagi Ahad jam 9:30 ketibaan rakan2 yg lain sebanyak 39 biji exora sampai terdiri dari rakan Johor, Melaka dan CR(kerol). Setelah sampai sesi makan pagi dimulakan dgn masing2 membuka port luck masing2 dibawah khemah yg telah disediakan.
Jam 10.30 pertandingan Badminton dimulakan dgn diundi untuk pasangan beregu. Aku yg memang dah lama tak main badminton berpasangan dgn Wan Reno (sory wanreno sbb aku kita kalah) menentang Jeff dan Naza (power bro ni). Tujuan utama utk suka2 pun xda la serius sgt. Sbb semua dapat hadiah (dpt la tshirt selai).
Selari dgn pertandingan badminton diadakan juga pertandingan sukaneka untuk kanak2 dimana anak2 aku (kelly n kyra) turut mengambil bahagian. Dapat la mereka hadiah kaler Luna.
Setelah selesai semua pertandingan tepat jam 1:00 tghari acara makan Durian dimulakan. Masing2 mengambil durian masing dan makan bersama family. Aku tak sempat nak buka, tau2 dah buka tinggal makan jer hehehe. Masing2 puas hati kerana durian mencukupi hingga ada lebih untuk ditapau bawa balik.
jam 14:30 acara penyampaian hadiah utk pertandingan dan ucapan penutup dan suai kenal yg diacarakn oleh Serolan cip EOCM Johor.
Jam 15:30 masing2 berangkat pulang dan aku mengikut konvoi geng Lendat(melaka) sebanyak 7 Exora diketuai Cip Pie. Kami berpisah di persimpangan Air Keroh dan aku meneruskan perjalanan ke KL
Seperti biasa gambo belom aku upload ke pc lg dari camera hehehe.
Tuesday, July 19, 2011
Reunion Sekolah Kayu Ara Pasong (Rendah dan Menengah)
Pada Sabtu 16/07/2011 lepas aku menghadiri reunion sekolah kat kampung aku (Kayu Ara Pasong) untuk rakan2 sekolah rendah dan menengah bagi yg lahir pada tahun 1982. Bertempat di kedai makan rakan juga iaitu Erwan Isziadi. Sebulan perancangan dilakukan utk menjayakannya
Penyertaan setiap dewasa RM15 utk makanan. Itu pun aku tgk makanan berlebih pula. Mana tak nya ada soto, mihun goreng, laksa, sate dan kuih muih dah macam kenduri kawin. Rakan yang hadir dalam 30 org gak la (aku xkira pun).
Dapat la bertemu rakan2 yg memang lepas belajar langsung xpernah berjumpa. Ada yg masih bujang dan juga dah beranak pinak. Bermula jam 4ptg habis 6.30ptg.
Gambar akan diupload kemudian
Penyertaan setiap dewasa RM15 utk makanan. Itu pun aku tgk makanan berlebih pula. Mana tak nya ada soto, mihun goreng, laksa, sate dan kuih muih dah macam kenduri kawin. Rakan yang hadir dalam 30 org gak la (aku xkira pun).
Dapat la bertemu rakan2 yg memang lepas belajar langsung xpernah berjumpa. Ada yg masih bujang dan juga dah beranak pinak. Bermula jam 4ptg habis 6.30ptg.
Gambar akan diupload kemudian
Friday, July 01, 2011
Samsung Galaxy SL Froyo to GingerBread
Ini kali kedua samfirmware update firmware Samsung Galaxy SL (I9003). Sebelum ni GB version I9003XXKP7 gagal dimana byk bugs berlaku. Paling teruk ia SOD (Sleep On Death) maksudnya bila phone to sleep mode terus tak bangun2 kena buka bateri on balik.
Semalam dia ada update lagi kali ni version I9003XXKP9. Aku telah update dan test dari pagi tadi hingga aku menulis ni masih tiada apa2 problem melainkan kat forum diorg cakap xbleh nak playback video format .mkv. Tapi ada aku kesah aku bukan beli phone utk tgk movie pun
Untuk mendonwload firmware baru ni sila click I9003XXKP9
Dan cara2 nak update firmware ni click sini GUIDE actually ni guide utk update I9003XXKP7 tapi sama jer...
Nak info lebih lawat ini FORUM
Semalam dia ada update lagi kali ni version I9003XXKP9. Aku telah update dan test dari pagi tadi hingga aku menulis ni masih tiada apa2 problem melainkan kat forum diorg cakap xbleh nak playback video format .mkv. Tapi ada aku kesah aku bukan beli phone utk tgk movie pun
Untuk mendonwload firmware baru ni sila click I9003XXKP9
Dan cara2 nak update firmware ni click sini GUIDE actually ni guide utk update I9003XXKP7 tapi sama jer...
Nak info lebih lawat ini FORUM
Tukar Keje
Kali ni aku nak citer bukan citer interview biasa yang aku pergi. Tapi pertama kali berlaku kat aku dimana aku pergi 2 interview pada hari yang sama dan dapat dua2 sekali. Cuma satu lagi offer lambat sikit. Dua2 company ni buat pertama kali menghubungi no reference yang aku letak. Jika sebelum ni tak pernah mereka hubungi reference.
Orang kata kalo rezeki tak kemana. Mungkin Allah nak tunjukan jalan dalam mencari pekerjaan lain. Citernya dalam jobstreet biasa aku search utk IT sahaja tapi kali ni aku tergerak utk search keyword aku "PABX". Terjumpa 2 company ni dan aku apply. Tak sangka dua2 call aku interview. So aku set bg hari yang sama senang sekali cuti jer. Tak sangka walaupun lidah aku pendek interview dalam English dapat gak aku menarik perhatian mereka untuk mengambil aku bekerja.
Tentang tawaran lak dua2 bagi gaji yang sama dan benefit yang lebih kurang sama gak. Jadi aku terpaksa memilih mana yang lebih stabil untuk aku berkhidmat lebih lama.
Aku sebenarnya letih nak tukar2 kerja ni. Tapi yelah kerja company swasta kejap turun kejap naik duit dalam akaun. Kalau aku bujang lagi takpelah nak menahan gaji lambat masuk. Ni dah banyak komitmen jadi aku tak sanggup nak tunggu lama2
Yang best gak sbb aku boleh menggunakan pengalaman kerja yang sebelum dan yang sedang aku lakukan iaitu PABX + IT. Jadi tak sia2 aku menimba pengalaman kerja dalam PABX walaupun starting dulu RM950 je basic aku. Yelah nak harapkan bidang IT sahaja ramai lagi orang kat luar yang tahu pasal IT. Sekurang2nya aku ada terlebih pengalaman kerja lain (PABX).
Jadi tahun ini aku akan berpuasa ni company baru. Tak tahulah bagaimana keadaan di opis baru. Harap2 berjalan dgn lancar. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)