Pada Ahad 17/07/2011 EOCM SR telah mengadakan satu TT nangkis dan durian bertempat di MBA Resort Minyak Beku, Batu Pahat. Disamping mengadakan pertandingan badminton juga diadakan sekali makan durian beramai2. Bayaran cuma RM35 sekeluarga
Disebabkan aku memang blk kg aku Pontian Sabtu sbl tu, so aku lps reunion sekolah terus pergi ke MBA resort bermalam chalet disitu. Ada dalam 3 keluarga EOCM SR yg akan bermalam sekali kerana mereka AJK. Malam itu yg tidor skali Thrill, Lordnix dan Man. Adha dan Nazreen cuma bersama makan malam seafood kemudian mereka blk rumah.
Stok durian dihantar pada malam tu dan ada dalam 200++ kilo. Test dulu rasa memang lazat tak terkata, durian fresh ler katakan. Makan masa tengah malam lak tu time tgh sejuk. Memang betul2 menikmati rasa durian. Aku yg kurang makan durian pun memang xboleh nak menolak.
Pagi Ahad jam 9:30 ketibaan rakan2 yg lain sebanyak 39 biji exora sampai terdiri dari rakan Johor, Melaka dan CR(kerol). Setelah sampai sesi makan pagi dimulakan dgn masing2 membuka port luck masing2 dibawah khemah yg telah disediakan.
Jam 10.30 pertandingan Badminton dimulakan dgn diundi untuk pasangan beregu. Aku yg memang dah lama tak main badminton berpasangan dgn Wan Reno (sory wanreno sbb aku kita kalah) menentang Jeff dan Naza (power bro ni). Tujuan utama utk suka2 pun xda la serius sgt. Sbb semua dapat hadiah (dpt la tshirt selai).
Selari dgn pertandingan badminton diadakan juga pertandingan sukaneka untuk kanak2 dimana anak2 aku (kelly n kyra) turut mengambil bahagian. Dapat la mereka hadiah kaler Luna.
Setelah selesai semua pertandingan tepat jam 1:00 tghari acara makan Durian dimulakan. Masing2 mengambil durian masing dan makan bersama family. Aku tak sempat nak buka, tau2 dah buka tinggal makan jer hehehe. Masing2 puas hati kerana durian mencukupi hingga ada lebih untuk ditapau bawa balik.
jam 14:30 acara penyampaian hadiah utk pertandingan dan ucapan penutup dan suai kenal yg diacarakn oleh Serolan cip EOCM Johor.
Jam 15:30 masing2 berangkat pulang dan aku mengikut konvoi geng Lendat(melaka) sebanyak 7 Exora diketuai Cip Pie. Kami berpisah di persimpangan Air Keroh dan aku meneruskan perjalanan ke KL
Seperti biasa gambo belom aku upload ke pc lg dari camera hehehe.
No comments:
Post a Comment