Friday, July 01, 2011

Tukar Keje

Kali ni aku nak citer bukan citer interview biasa yang aku pergi. Tapi pertama kali berlaku kat aku dimana aku pergi 2 interview pada hari yang sama dan dapat dua2 sekali. Cuma satu lagi offer lambat sikit. Dua2 company ni buat pertama kali menghubungi no reference yang aku letak. Jika sebelum ni tak pernah mereka hubungi reference.
Orang kata kalo rezeki tak kemana. Mungkin Allah nak tunjukan jalan dalam mencari pekerjaan lain. Citernya dalam jobstreet biasa aku search utk IT sahaja tapi kali ni aku tergerak utk search keyword aku "PABX". Terjumpa 2 company ni dan aku apply. Tak sangka dua2 call aku interview. So aku set bg hari yang sama senang sekali cuti jer. Tak sangka walaupun lidah aku pendek interview dalam English dapat gak aku menarik perhatian mereka untuk mengambil aku bekerja.

Tentang tawaran lak dua2 bagi gaji yang sama dan benefit yang lebih kurang sama gak. Jadi aku terpaksa memilih mana yang lebih stabil untuk aku berkhidmat lebih lama.
Aku sebenarnya letih nak tukar2 kerja ni. Tapi yelah kerja company swasta kejap turun kejap naik duit dalam akaun. Kalau aku bujang lagi takpelah nak menahan gaji lambat masuk. Ni dah banyak komitmen jadi aku tak sanggup nak tunggu lama2
 
Yang best gak sbb aku boleh menggunakan pengalaman kerja yang sebelum dan yang sedang aku lakukan iaitu PABX + IT. Jadi tak sia2 aku menimba pengalaman kerja dalam PABX walaupun starting dulu RM950 je basic aku. Yelah nak harapkan bidang IT sahaja ramai lagi orang kat luar yang tahu pasal IT. Sekurang2nya aku ada terlebih pengalaman kerja lain (PABX).
Jadi tahun ini aku akan berpuasa ni company baru. Tak tahulah bagaimana keadaan di opis baru. Harap2 berjalan dgn lancar. Insya-Allah.

No comments:

ceritera