Sabtu lepas office wife aku membuat program jalan2 ke Kuala Selangor. Seramai 12 biji kereta berkonvoi dari tol Jalan Duta ke Kuala Selangor melalui jalan Sg Buloh kemudian masuk highway Latar.
Kami tidor di aparment Pantai Indah SeaView Resort di Jeram Kuala Selangor. Apartment agak usang dan dah tak maintain sangat. Ia agak tak terkemas.
Kami sampai dalam jam 11pagi, check in pastu buat aktiviti sukaneka. Makan tghari secara BBQ di belakang apartment dimana ada disediakan tempat BBQ. Selepas makan kami bersiap utk ke Bukit Melawati.
Di bukit Melawati kami menaiki tren untuk naik ke atas. Diatas ada perigi beracun, laman budaya, meriam lama, muzium dan juga rumah api. Tak lupe monyet memang banyak dan jgn bawa makanan di tangan kerana monyet2 ini akan datang merampass.
Selepas itu kami makan seafood di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Kami telah tempah awal2 menu. Jadi tempat memang dah direservekan dan makanan sampai tak lama selepas kami duduk.
Lepas makan kami ke Perkampungan Kuantan untuk melihat Kunang2. Tapi nasib tidak menyebelahi kami kerana malam nak hujan. Jadi kunang2 tak banyak. Hanya beberapa org yg sempat tgk kunang2 sbb lepas tu hujan turun dgn lebatnya. Aku antara org yg sempat tgk tapi xbest sangat sbb xbyk kunang2nya.
Balik ke apartment dalam hujan lebat.
Esoknya xda apa2 acara cuma sarapan pagi dan balik semula ke KL.
No comments:
Post a Comment