Sabtu lepas berlangsung satu TT Santai Aidilfitri Melaka anjuran geng lendat bertempat di Taman Tasik Ayer Keroh. Seramai 12 exo dari CR (sani, prezz, noh, asnor, baragas, razal, nazaqil, nj, ah wong, mambang laut dan kerol) benkonvoi start dari R&R Seremban. Janji kul 9 tp gerak dalam 9.40 gak dari R&R ke Melaka.
Konvoi disambut abam Deanrashid di pintu gerbang Ayer Keroh.
Menu adalah secara potluck jadi masing membawa bekalan sendiri dan juga tikar (duduk di laman rumput). Menu dari aku lak spagetti. Bukan ape memang confirm yg lain2 akan bawa mee goreng, bihun goreng. Biarlah aku lain dr yg lain nnti cepat abis. Tak perlu nk bawa blk semula makanan hehehe.
Selain kami dari CR dari SR pun ramai gak seperti adha, napi, ragzee, nongshah, moxs, zairrul, dan lain2 yg aku tak berapa nk igt. Tak lupa juga wakil tunggal dari ER Pak Ya.
Dapat juga berkenalan dgn rakan2 yg selama ini bertemu dalam forum sahaja
TT berakhir jam 13:00 disambung pula dgn open house rumah ynizam (makan tghari lak). Beramai2 menyerbu ke rumah ynizam lak. Menu ikan asam pedas.
Jam 14:30 masing2 bergerak kearah destinasi masing2. Aku n family mencari tempat menginap di Melaka lak mahu jalan2 banda hilir pulak
No comments:
Post a Comment