Kali ini aku ingin kongsikan cara mudah bagaimana untuk anda reset semula
throttle body kereta Proton Persona... Cara ini dipercayai untuk meningkatkan
tahap respon kereta anda. Seelok-eloknya sebelum reset throttle body hendaklah
bersihkan dahulu throttle body kereta anda...
Cara ini aku dapat dari forum
EOCM dan dah di cuba pada Exora CPS aku. Ternyata terbukti dan berjaya.
Amaran: Jangan lakukan ini jika kereta anda bukan standard atau telah buat tuning throtlle body di bengkel luar. Ini hanyalah untuk enjin standard gaban sahaja. Kerana setting anda akan lari ke default setting.
Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan seperti di bawah
:-
1- Masukkan kunci kereta dan 'on' kan selama beberapa minit, lebih
kurang 2 minit. Jangan hidupkan enjin kereta anda, cukup sekadar semua lampu
isyarat pada meter menyala.
2- Tutup semula suis kereta yang telah dibuka
selama beberapa minit tadi.
3- Tekan pedal minyak kereta anda sepenuhnya
sehingga jejak ke lantai dan 'on' kan semula suis seperti pada langkah pertama
tadi. Biarkan selama 10 saat dengan pedal minyak tidak dilepaskan. Anda akan
mendengar bunyi throttle body me 'reset'.
Kebanyakannya akan merasakan
perbezaan respon semasa memandu selepas throttle body di reset...
Selamat mencuba... Sekian, terima kasih....
Credit to Ted dari forum EOCM
No comments:
Post a Comment