Wednesday, August 29, 2012

Perjalanan Balik Raya 2012

Tahun ni giliran beraya kampung aku lak di Pontian Johor. Hari jumaat petang lepas waktu kerja kami gerak balik Port Dickson dulu. Pagi2 sebelum Suboh kitaorg gerak balik melalui tol Pedas/Linggi.

Singgah sahur terakhir puasa kt RnR Ayer Keroh. First time aku bersahur kt luar utk puasa tahun ni dan kali terakhir la kiranya dan first time sahur ketika perjalanan balik kampung. Wife aku la nak merasa sangat bersahur ketika balik kampung baru ada feel balik kampung katanya.

Masa tu dah jam 5.00 pagi. Punyalah ramai orang beratur nak beli makanan dan ape makanan yg siap sedia semua habis licin. Yang tinggal makanan yg kena goreng2. Nak xnak kene la amik gak sbb dah xda pilihan lain.Goreng2 pun tinggal kuew tiaw goreng. Makan jer lah...



Lepas sembahyang suboh sambung perjalanan dgn kelajuan kebangsaan. Kereta tak begitu banyak hala ke selatan tak seperti jalan ke pantai timur. Aku kene slow2 sebab wife aku nk singah JPO (Johor Premium Outlet)dulu sbl sampai kampung.

Kitaorg sampai JPO jam 9:15. JPO buka 9:45. Bukan kitaorg jer awal, ada gak org lain pun menunggu. Dapatlah beli seluar Levis selai utk aku wife aku beli handbag raya.




Dari JPO aku masuk hw kuar ikut Kulai. Aku blk ke kampung aku ikut jalan potong Gunung Pulai. Ikut sini tak banyak kereta lgpun aku dah dekat ngan exit Kulai dari JPO. Kalau biasa dari KL akan exit ikut Simpang Renggam tapi masalahnya dari exit tol nk ke Benut kereta banyak tu yang jadi lambat.
Sekian catatan perjalanan ketika balik kampung beraya.

No comments:

ceritera