Tuesday, July 30, 2013

Zakat Fitrah 2013

Tahun ni sama seperti tahun lepas RM7 seorang, jadinya kenela bayar RM35 fardu ke atas diriku dan tanggunganku untuk tahun ini. Alhamdulillah.... 



Monday, July 15, 2013

MyExora - Tayar Bengkak

Sebenarnya dah seminggu lebih dah aku bawak kete ngan tayar bengkak ni. Cuma aku ingat kene buat alignment balik jer kot.. Bawak slow ke laju bergoyang. Tapi sabtu lepas balik umah adik ipar aku kat Seremban 2, ipar duai aku cakap ni tayar begkak atau rim bengkok ni. Adussss...Masak aku nak raya ni..

Balik daripada umah adik ipar aku g kedai tayar check.. Kompom tayar bengkak sebelah kiri depan... Perghhh kena tukar tayar ler.. Nak beli baru 225/45/18 memang parah jadi terpaksa aku tukar tayar 2nd dulu sementara nk kumpul modal untuk beli tayar baru..

Dapatlaaa tayar Micheclin SP3 dalam condition bawah 50% gak aku tgk dalam RM70 kt kedai tayar Michelin Lake Filed Sg Besi.

Tayar aku sebenarnya memang dah patut kene tukar ni empat2 sebab last tukar pun Julai 2011 dan jalan 35000 km.. Tu laaa masa ada duit tak ingat buat beli benda lain ini la jawabnya

Tayar 2nd sementara..

Wednesday, July 10, 2013

MyGT - Tukar sprocket n disc brake belakang

Kos kerugian RM124, sprocket satu set rm60, disc + brake pad rm64
disc lama dah teruk sgt kene makan dah brek pad sbl ni cepat je haus
beli yg murah jer rege rm50.



disc asal




Potong Kek

Selamat Ulang tahun kakak.
Semalam 09 July ulangtahun kelahiran ke 7 anak sulongku khalilah nazmi.
Sekali potong kek ngan adik die Khaira Nazmi ke 5 pada 25 Jun lepas.





Monday, July 01, 2013

1st time: Tgk bola full time kt stadium

29 June 2013 merupakan sejarah baru dalam hidup aku kerana first time aku tgk bola full time kat Stadium... huahahahha. Perlawanan akhir piala FA JDT vs Kelantan. Padahal rumah aku skang dekat jer dengan Stadium Bukit Jalil.



Aku duk di area JDT fan.. Aku yg first time g stadium xtau adakah memang macam tu rupa gaya pasukan sorak setiap negeri atau hanya penyokong JDT sahaja kerana dari sejak aku masuk pukul 5ptg mereka ni menyanyikan sorakan. Sorakan ni pulak bukan pasukan sorak jer yg nyanyi tapi semua penyokong yg hadir turut menyanyikan bersama (kira separuh stadium laaa sbb separuh lg pasukan kelantan). Aku cakap mcm tu sbb aku tgk penyokong di sebelah kelantan cuma pasukan sorak diorg jer yg menyanyi/bersorak.. yg lain duduk senyap tgk jer...Patutlaaa kawan aku di Johor skang dah rajin ke stadium bukan saja tgk bola tapi bersemangat memberikan sorakan utk pasukan JDT

Syabas Boy of Straight atau dikenali sbg BOS kerana berjaya membawa satu fenomena baru membuat sorakan sekaligus menarik penyokong ke stadium.

Walaupun JDT tewas pada perlawanan itu tapi cukup memberikan satu pengalaman baru dalam hidup aku dan Fan JDT memang sempoi walaupun kalah tetap bersorak dan setia bersama JDT.

 Ayuh Luaskan Kuasamu Johor.

ayuh Johor.. ayuh Johor..
luaskan kuasamu Johor..
kami datang.. kami datang..
tetap bersamamu Johor..



ceritera