Monday, July 01, 2013

1st time: Tgk bola full time kt stadium

29 June 2013 merupakan sejarah baru dalam hidup aku kerana first time aku tgk bola full time kat Stadium... huahahahha. Perlawanan akhir piala FA JDT vs Kelantan. Padahal rumah aku skang dekat jer dengan Stadium Bukit Jalil.



Aku duk di area JDT fan.. Aku yg first time g stadium xtau adakah memang macam tu rupa gaya pasukan sorak setiap negeri atau hanya penyokong JDT sahaja kerana dari sejak aku masuk pukul 5ptg mereka ni menyanyikan sorakan. Sorakan ni pulak bukan pasukan sorak jer yg nyanyi tapi semua penyokong yg hadir turut menyanyikan bersama (kira separuh stadium laaa sbb separuh lg pasukan kelantan). Aku cakap mcm tu sbb aku tgk penyokong di sebelah kelantan cuma pasukan sorak diorg jer yg menyanyi/bersorak.. yg lain duduk senyap tgk jer...Patutlaaa kawan aku di Johor skang dah rajin ke stadium bukan saja tgk bola tapi bersemangat memberikan sorakan utk pasukan JDT

Syabas Boy of Straight atau dikenali sbg BOS kerana berjaya membawa satu fenomena baru membuat sorakan sekaligus menarik penyokong ke stadium.

Walaupun JDT tewas pada perlawanan itu tapi cukup memberikan satu pengalaman baru dalam hidup aku dan Fan JDT memang sempoi walaupun kalah tetap bersorak dan setia bersama JDT.

 Ayuh Luaskan Kuasamu Johor.

ayuh Johor.. ayuh Johor..
luaskan kuasamu Johor..
kami datang.. kami datang..
tetap bersamamu Johor..



No comments:

ceritera