Tuesday, November 26, 2013

Jalan2 Taman Burung

Sabtu lepas aku pergi Taman Burung Kuala Lumpur. Beli tiket awal kat MATTA fair dapat harga separuh untuk dewasa dan kanak2.
Bagi aku berbaloi masuk Taman Burung ni kerana keadaan burung yang terbang bebas walaupun ada sesetengah di dalam sangkar. Kawasan yang luas penat gak berjalan2 di dalam tu.









Thursday, November 21, 2013

MyGT - Tukar Battery kali ke 2

Minggu lepas aku tukar batteri motor lagi. Batteri motor ni xsampai setahun pun aku tukar dah kong. Rupa-rupanya batteri motor xsama mcm kereta yg ada warranty setahun. Paling2 pun 6 bulan tapi mahal laa rege die. Aku beli yang murah jer pun RM60 warranty sebulan. Antara cara nak jimat batteri kurangkan pakai starter elektrik. Kalo dah emergency malas nak guna manual baru guna starter elektrik.

Motor Modenas GT 128 ni jangan dibuat main kalau batteri habis kene cepat2 tukar.
1st dulu aku lambat tukar batteri pakai lenjan jer last2 coil ape problem. Kena tukar baru.
2nd ni pula aku xperasan lagi meter pulak jadi bengong. Kalo lambat lagi aku tukar meter boleh rosak. Tu pomen kedai yg cakap laaa. Mahal wooo kali tukar meter baru dalam RM2++ gak.
Nasib baik aku tukar jer batteri baru, meter dah ok balik.

KLIMS 2013 - Hampehhhh

Selasa baru ni aku cuti nak g tengok Kuala Lumpur International Motor Show 2013 kt PWTC.
Hari biasa die buka jam 11 tapi aku sampai jam 10:30 parking basement dah penuh. Kene la park kt luar. Pelik gak hari biasa pun dan penuh parking lagi la hujung minggu.
Bayaran RM15 dewasa RM5 kanak bawah 12 tahun. Tapi kalo beli 2 tiket dewasa free bawak masuk kanak2 bawah 12 tahun 5 orang.
Sesungguhnya KLIMS kali ini amat mengecewakan bagi aku. Tiada apa yang menarik sangat. Serupa macam kita pergi show room kereta sahaja. Tiada nama2 besar macam Merc, BMW, Jaguar, Audi dan VOlvo. Proton pun tiada gak? Memang tidak berbaloi bayar RM15 untuk tengok kereta show room.





Tuesday, November 12, 2013

Planet Gempak Astro

Ahad 10 Nov 2013 lepas aku dan family berjalan2 ke Planet Gempak Astro di Bukit Jalil. Tak jauh daripada rumah. Biasanya Jom Heboh Media Prima tapi kali ni Planet Gempak Astro pula. Tujuannya sama mendekatkan peminat dan pembayar2 saluran Astro dengan artis2 jemputan dan artis rancangan keluaran Astro.
Macam biasa kami keluar awal pagi dalam jam 10 sebab nak elakkan kesesakan dan senang nak cari parking. Selain cuaca masih redup nak berjalan ke booth2 pun senang. Kebanyakan artis hadir pada jam 11 disetiap booth.
Menariknya hampir semua booth menawarkan photoshoot secara percuma dan dpt salinan print pada waktu itu juga. Cuma kalo ramai kene tunggu que laaa. Service yg pertama kali dan terbaik pernah aku cuba dan rasa sepanjang melawati event2 seperti ini. Semua booth pun ada aktiviti secara percuma untuk dicuba dan ada hadiah.
Lebih puas hati melawati event Planet Gempak Astro ni walaupun ini pertama kali Astro mengadakannya  jika nak dibandingkan dengan event lg satu yg sudah terlalu lama ditakuk lama..






Wednesday, November 06, 2013

Jalan2 - Kuala Gandah

Pada Sabtu 2 Nov 2013 aku dan beberapa rakan EOCM (total 6 exora semuanya) telah mengadakan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Lanchang Pahang. Melihat dab memegang gajah dari dekat.
Memang dah lama hajat dihari nak kesini bila ada peluang ni memang aku bersetuju ikut sekali.
Gerak drp KL dalam pukul 8:30 pagi singgah di Genting Sempah untuk sarapan. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Kuala Gandah. Disebabkan minggu tu ada cuti sambung (Selasa-Deepavali, so isnin ada org sambung cuti) maka jalan tu banyak gak kereta terutama di pintu tol agak sesak sikit.
Kami tiba di Pusat Konservasi jam 11:00 pagi. Kena mendaftar dahulu semua ahli rombongan untuk mendapatkan pas lawatan dan ia adalah percuma. Sesi pagi ni adalah memberi makan kepada anak2 gajah. Makanan seperti kacang, pisang dan tebu ada dijual berdekatan.
Setelah puas bagi makan gajah kami pulak nak makan tengahari. Makan secara potluck. Disana byk kawasan boleh kita berpiknik selain ada juga gerai makan didalam dan diluar pintu masuk.
Jam 1 sesi video bagaimana mereka menangkap dan membawa balik gajah2 liar drp hutan.
Jam 2 sesi bersama bapak gajah pula. Kita boleh memberi makan kepada gajah2 ini dengan makanan yang disediakan oleh mereka. Gajah2 ini akan membuat sedikit aksi mengikut arahan penjaga mereka.
Dalam jam 3:30 kami beredar pergi ke DeerLand pulak. Tempat ni lagi kecil drp tempat gajah tadi. Jika pergi beramai2 kemungkinan sukar untuk mendapat tempat parking. Dengan bayaran rm6 dewasa dan rm3 kanak2 agak berbaloi gak sebab boleh bagi makan rusa dan tempatnya bersih dan terjaga. Selain rusa ada juga binatang2 lain seperti burung, ayam, landak, ular, dan arnab.Ini adalah ladang persendirian yang dikomersialkan.
Jam 5 kami bergerak pulang ke KL semula.






















ceritera