Monday, April 25, 2011

EOCM SUT 2

sekali lagi untuk tahun kedua EOCM (Exora Owner Club Malaysia) menganjurkan SUT (Sambutan Ulang Tahun) ke2

bertempat di Marina Island Resort Pangkor (MIRP), Lumut, Perak   
pada 30 April 2011 (SABTU) – 1 May 2011 (Ahad)

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Pendaftaran dibuka pada Mac yg lalu dan ditutup pada April. Seramai 115 ahli akan turut serta daripada seluruh semenanjung Malaysia. Wakil EOCI (Exora Owner Club Indonesia) pun katanya akan hadir utk memeriahkan lagai majlis.

Konvoi akan bergerak daripa COE Shah Alam pada 30hb tu pada jam 9:30am ke MIRP. Jadi kepada yg ingin melihat konvoi Exora dari dekat bolehlah bajet2 bila konvoi ini akan lalu ditempat anda. Jika boleh berikanlah laluan pada perjalanan konvoi kami nanti.

Thursday, April 21, 2011

Trip Kota Kinabalu 2011(Day 3)

5April2011
Hari terakhir tak perlu nak rush harini. Bangun dan sarapan macam biasa. Pergi pasar filipino cari barang2 lagi macam tshirt, magnet peti ais dan paling penting makanan kering (udang kering, ikan kering, dan ape2 yg kering lah) Tak sah kalau datang Sabah tak beli makanan kering ni sbb bukan sekadar murah tapi fresh lagi contoh macam udang kering die perghhhh bulat2 lagi dan merah. Tak macam kalo kita beli kat Tesco KL alaa kering betul halus jer..
Awal2 dah bgtau pihak Marina COurt utk check out lewat dan dikenakan charge 50% drp harga satu malam. Balik dari pasar filipino kemas beg dan barang. Mandi utk kali terakhir di Sabah terus ke Terminal 2 Kota Kinabalu mcm LCCT laaa kalo kt Sepang tu.
Nasib baik flight ikut jadula takda delay pukul 10 dah menjejakan kaki di LCCT
Lama gak nak buat update ni tapi kena buat gak nnti xigt.... Gamba2 akan diupload kemudian

Monday, April 18, 2011

Trip Kota Kinabalu 2011(Day 2)

4April2011
Pagi2 dah bangun sarapan pagi yg disediakan pihak Marina Court. Menu tak banyak tapi cukuplah utk kami makan. Tentatif pagi ni ke kaki Gunung Kinabalu dan Hot Poring.
Perjalanan menggunakan Garmin dan memang tepat ape yg ditunjuk dalam garmin adalah ape yg kami lalui. Perjalanan memang jauh. Sebelum sampai ke kaki gunung kami singgah di Nabalu membeli ole-ole yg dijual disitu. Harga memang nak kena tawar menawar baru dapat murah.
Setelah membeli-belah perjalanan diteruskan. Kami lalu jer dulu kaki gunung sbb mahu ke Hot Poring dulu. Sampai di Hot Poring bukan kolam air panas yg dimandi tapi mandi kolam air sejuk sbb kolam air panas cukup2 sekadar rendam kaki jer.. Budak2 semua nak mandi kolam jadi mandilah diorg dikolam air sejuk.
Bapak2 budak ada acara lain lak iaitu pergi naik ke kanopy walk. Takdalah seriau sgt kanopy walk die sbb jambatan agak lebar cuma ia agak tinggi bersambungan antara pokok2 yg ada disitu.
Balik dari Hot Poring kami makan tghari di KFC Tuaran. Di pendalaman ni agak susah gak nak cari kedai makan halal. Kedai babi panggang pun ada di tepi2 jalan.
Selepas makan perjalanan ke Kaki Gunung. Harapan nak ambil gambar berlatarbelakang puncak gunung tapi kabus tebal menyeliputi lak sbb baru lps hujan. Ambil gak gambar walaupun gambar kabus jadi background.
Gerak balik ke KK semula kami singgah bermaghrib di Masjid UMS. Makan malam makanan laut di tepi pantai berdekatan dgn Menara Tun Mustapha. Balik makan singgah ke pasar malam Api-Api. Tapi kali ni turn ibu2 sahaja turun membeli-belah sbb hujan. Jadi bapa2 terpaksa duduk jer dalam Van jaga anak2.
Balik apt mandi2 dan tidor dgn kepenatan.

Trip Kota Kinabalu 2011(Day 1)

3April2011
Pagi2 satu group 2 family telah berlepas pada pukul 07:00 am dan dijangka sampai pukul 10:00am. Mereka akan disambut owner kereta sewa yg aku telah tempah awal. Aku pulak sampai berlepas jam 09:30 dan tiba di KK jam 12:00 dan disambut oleh yob4ever dgn exorannya. Aku diberitahu mereka yg sampai awal tak pergi mana2 cuma checkin bilik apartment terus.
Setelah aku sefamily letak beg kitaorg naik satu urvan pergi makan tghari, isi minyak diesel RM60 dan lepas tu pergi ke muzium Sarawak. Agak tidak bernasib baik sebab muzium separuh dalam renovation so kitaorg cuma bayar RM1 drp yg sepatutnya RM2. Selain pameran dalam muzium ada pameran rumah panjang di luar muzium.
Balik drp muzium kami ke Menara Tun Mustapha, balik ke pekan KK semula dan beli makan malam di pasar tepi laut.
Malam masing2 dah penat. Budak2 pun tidor awal. Aku dan sorang lagi suami opismate wife aku (Cenor) pergi jalan2 kat bawah ke pasar filipina dan pasar malam api-api. Cuma jalan kaki jer dari Marina Court tu. Lepas tu blk apt tgk Anugerah Bintang Popular

Thursday, April 14, 2011

Trip Kota Kinabalu 2011(Intro)

Lama aku amik masa nak tulis citer ni.....

Tahun lepas dalam bulan Mei 2010 AirAsia ada membuat promosi jualan murah. Aku tanpa berlengah terus tempah tiket ke KK satu family (2dewasa2budak1bayi) dan juga 3 family lain aku tolong tempahkan sekali. Mereka adalah rakan sekerja isteri aku, yang mana tak pernah naik flight. Kitaorg tempah utk perjalanan 3-5 April 2011. Plan awal elak kesesakan heheheh

Kos tiket aku satu family RM148 + RM100 utk baby (baby fix RM50 sehala). Setelah tambah seat+bagasi+meal jadilah RM408. Kalo korang solo memang murah sbb xpyh nak pikir seat atau makanan. Tapi bila dah pergi satu family mestilah nak duduk sekali kan....
Flight aku dan rakan opis isteri aku berlainan sbb pada awalnya nak pergi kul 10am. Tapi bila dah book aku punya then nak bookan diorg tak lepas. Terpaksa diorg amik flight awal drpd aku. Masalahnya diorg tak pernah naik flight. Jadi seminggu sbl pergi aku bawa mereka ke LCCT dan tunjukan cara2 utk checkin.

Malang tak berbau 1 drp 4family terpaksa tarik diri saat akhir kerana mengalami kemalangan. So burn sia2 tiket mereka kerana tiket promosi tak boleh tukar nama, nak tukar hari pun kena charge, kira2 balik tak berbaloi pulak.

Selain tiket flight aku juga menempah apartment secara online. Aku tempah Marina Court Aparment di http://www.promenade.com.my/mcrc/index.cfm dimana jika ditempah awal akan dapat diskaun. Bayangkan rate biasa RM350 tapi aku dapat RM250 kerana tempah 3 bulan awal. Dan rate ini akan sentiasa berubah, jika bernasib baik boleh dapat RM200 jer semalam.

Transport lak aku minta tolong rakan forum EOCM (Exora Owner Club Malaysi) yob4ever utk carikan dan tempah.
Iternary perjalanan aku akan update lain kali lak

ceritera