4April2011
Pagi2 dah bangun sarapan pagi yg disediakan pihak Marina Court. Menu tak banyak tapi cukuplah utk kami makan. Tentatif pagi ni ke kaki Gunung Kinabalu dan Hot Poring.
Perjalanan menggunakan Garmin dan memang tepat ape yg ditunjuk dalam garmin adalah ape yg kami lalui. Perjalanan memang jauh. Sebelum sampai ke kaki gunung kami singgah di Nabalu membeli ole-ole yg dijual disitu. Harga memang nak kena tawar menawar baru dapat murah.
Setelah membeli-belah perjalanan diteruskan. Kami lalu jer dulu kaki gunung sbb mahu ke Hot Poring dulu. Sampai di Hot Poring bukan kolam air panas yg dimandi tapi mandi kolam air sejuk sbb kolam air panas cukup2 sekadar rendam kaki jer.. Budak2 semua nak mandi kolam jadi mandilah diorg dikolam air sejuk.
Bapak2 budak ada acara lain lak iaitu pergi naik ke kanopy walk. Takdalah seriau sgt kanopy walk die sbb jambatan agak lebar cuma ia agak tinggi bersambungan antara pokok2 yg ada disitu.
Balik dari Hot Poring kami makan tghari di KFC Tuaran. Di pendalaman ni agak susah gak nak cari kedai makan halal. Kedai babi panggang pun ada di tepi2 jalan.
Selepas makan perjalanan ke Kaki Gunung. Harapan nak ambil gambar berlatarbelakang puncak gunung tapi kabus tebal menyeliputi lak sbb baru lps hujan. Ambil gak gambar walaupun gambar kabus jadi background.
Gerak balik ke KK semula kami singgah bermaghrib di Masjid UMS. Makan malam makanan laut di tepi pantai berdekatan dgn Menara Tun Mustapha. Balik makan singgah ke pasar malam Api-Api. Tapi kali ni turn ibu2 sahaja turun membeli-belah sbb hujan. Jadi bapa2 terpaksa duduk jer dalam Van jaga anak2.
Balik apt mandi2 dan tidor dgn kepenatan.
No comments:
Post a Comment