Lama aku amik masa nak tulis citer ni.....
Tahun lepas dalam bulan Mei 2010 AirAsia ada membuat promosi jualan murah. Aku tanpa berlengah terus tempah tiket ke KK satu family (2dewasa2budak1bayi) dan juga 3 family lain aku tolong tempahkan sekali. Mereka adalah rakan sekerja isteri aku, yang mana tak pernah naik flight. Kitaorg tempah utk perjalanan 3-5 April 2011. Plan awal elak kesesakan heheheh
Kos tiket aku satu family RM148 + RM100 utk baby (baby fix RM50 sehala). Setelah tambah seat+bagasi+meal jadilah RM408. Kalo korang solo memang murah sbb xpyh nak pikir seat atau makanan. Tapi bila dah pergi satu family mestilah nak duduk sekali kan....
Flight aku dan rakan opis isteri aku berlainan sbb pada awalnya nak pergi kul 10am. Tapi bila dah book aku punya then nak bookan diorg tak lepas. Terpaksa diorg amik flight awal drpd aku. Masalahnya diorg tak pernah naik flight. Jadi seminggu sbl pergi aku bawa mereka ke LCCT dan tunjukan cara2 utk checkin.
Malang tak berbau 1 drp 4family terpaksa tarik diri saat akhir kerana mengalami kemalangan. So burn sia2 tiket mereka kerana tiket promosi tak boleh tukar nama, nak tukar hari pun kena charge, kira2 balik tak berbaloi pulak.
Selain tiket flight aku juga menempah apartment secara online. Aku tempah Marina Court Aparment di http://www.promenade.com.my/mcrc/index.cfm dimana jika ditempah awal akan dapat diskaun. Bayangkan rate biasa RM350 tapi aku dapat RM250 kerana tempah 3 bulan awal. Dan rate ini akan sentiasa berubah, jika bernasib baik boleh dapat RM200 jer semalam.
Transport lak aku minta tolong rakan forum EOCM (Exora Owner Club Malaysi) yob4ever utk carikan dan tempah.
Iternary perjalanan aku akan update lain kali lak
No comments:
Post a Comment