Thursday, December 22, 2011

Upgrade to rig ICOM IC2720H

akhirnya aku berjaya gak menyambar satu rig @ kotak hitam brand ICOM model ic2720H. Ini kerana aku agak tertekan menggunakan handy apabila keudara selalu dapat RX tp xboleh nak TX. Betul cakap otai2 radio nak maju dalam hobi ni kene la upgrade device kita. Jaluran dah ada pandai2 la kita nak mencarinya.
Walaupun model ni dah discontinue dan aku dapat adalah stock terakhir dalam simpanan kat kedai tu tapi performance dia agak memberangsangkan. Lagipun support kedai yang jual boleh dipercayai
Nak dijadikan citer ada gak 2-3 org tanya stock yg sama kat kedai tu tapi diorg tak jumpa. Mungkin dah rezeki aku time aku dtg tiba2 diorg baru jumpa stock tu.
Kenapa aku beli gak? Sebab aku nak rig yg dual monitor yang murah dan ini je yang murah setakat ni. Terpaksa amik dual band gak sbb takda rig single band dual monitor.

Spec die:
- Dual band dual monitor. V,V U,U V,U
- Kuasa pancaran VHF >50W>15W>5W UHF >35W>15W>5W.
- 212 memory channel. - cukuplah utk beginner macam aku.
- Panel separate boleh letak ikut suka. Ada kipas depan belakang.
Lain2 spec korang boleh search dalam internet.
Kurangnya die
- tak boleh nak save nama cuma tunjuk frequensi jer...
- takda GPS macam model baru, ada aku kesah janji dpt memancar

Dah pasang barulah lega boleh memancar dgn rakan2 jaluran komersial TDM (komersial je .. 9W2 belum ada lagi) yang mana repeater dia berada di Telapak Buruk, N.Sembilan.
Tak lupa ucapan tima kasih pada MdShaari TDM E-MS / EOCM536 kerana sudi membantu dalam pemasangan rig kt dalam mobile kita.

gambar sekitar pemasangan, lupa nak ambil dari awal sbb teruja sgt hehehe



Tuesday, December 13, 2011

My Exora - Sticker Bomb


Akhirnya dapat gak aku buat penampalan sticker Bomb kat kete aku. Survey punya surver last2 aku pikir baik aku buat kat kedai dari buat sendiri harga pun lebih kurang.
Jika beli sendiri 1kaki X 1kaki = RM12. Kat kedai sticker pun kira macam tu gak. Aku buat kat TOM's sticker kat Pandan Perdana
Untuk sticker kat cermin depan die charge RM80 manakala untuk side mirror RM190 sebab lagi leceh untuk menampalnya. Bagi aku yang xreti nk buat sendiri kasi kedai buat sudah. Lagipun last minit aku buat (sehari sebelum g konvoi Y3G).
Aku ada tanya untuk bonet depan : RM 280 @ RM 380 kalo full.
Gambo diatas adalah gambo konvoi itupun orang yg amikan. Aku malas nak amik gamba. Nanti ada masa aku amik gamba lagi dekat.



Thursday, December 08, 2011

EOCM Y3G Day 2

Kami bangun awal untuk bersarapan yg hanya menyediakan nasi lemak dan meehoon goreng. Selepas itu aktiviti bebas dimana kami kebanyakan mandi di kolam mandi.
Tghari ada disediakan makan tghari sebelum kami checkout dan pulang semula ke CR. Untuk konvoi balik tiada konvoi rasmi. CR terbahagi kepada 3 group konvoi. Pertama group Zan Botak dimana dia hanya mahu singgah di Ayer Hitam sahaja lps tu terus balik (ni paling awal sampai KL) kedua group Jajahan Ganazz mereka pusing2 bandar JB - agak lewat pagi juga sampai KL. Last group yg aku joint yg diketuai Prez EOCM sendiri (30++ exora). Lain2 ada juga tidak ikut konvoi mana2 balik dgn rancangan sendiri
Rancangan kami mula2 nak pergi ke JOP (Johor Outlet Premium) tapi bila tgk jalan masuk yg penuh dgn kereta kami tak jadi masuk. Perjalanan diteruskan ke Ayer Hitam untuk membeli belah kat situ. Selesai Ayer Hitam pun dah nk maghrib kami singgah di RnR Pagoh.
 Selepas pagoh kami exit Merlimau utk ke Serkam Ikan Bakar. mungkin terkejut dgn kehadiran 30 biji exora tuan kedai makan itu tidak dapat menghidangkan dgn cepat melihatkan pekerjanya pun kurang. Aku dan Mdshaari meminta kensel order dan bergerak dahulu meninggalkan rakan lain yg sabar menanti lauk makan malam.
Kami (aku dan mdshaari) berhenti makan di restoran tomyam tepi jalan dalam perjalanan kami pulang. Sampai di ALor gajah Mdshaari singgah ke rumah ibunya manakala aku meneruskan perjalanan ke Plus Alor Gajah utk ke Port Dickson. Sekian sudah catatan perjalanan kami.

EOCM Y3G Day 1

Year End Gathering (YEG) yg ke 3 bagi kelab EOCM telah berlangsung pada 3-4 Dis 2011. Kali ini region SR (southern region) yang mengambil tempat untuk menjadi tuan rumah. Acara ini telah berlangsung di Desaru Damai Beach Resort (DDBR) dan dihadiri 110 ahli EOCM.

Ahli-ahli dari CR (Central Region) dan NR (North Region) telah bergabung di RnR Seremban pada Sabtu 3Dis sejak jam 3 pagi. Sebelum itu warga NR sejak tgh malam telah gerak dari utara utk bergabung di RnR Seremban.

Sebanyak 80++ Exora berkonvoi ke CP2 RnR Machap dan dibahagikan kepada 4 kumpulan yg dijaga Marshall masing2 yg telah dilantik dikalangan ahli EOCM juga. Jam 8 pagi konvoi bergerak sampai di RnR Machap jam 10.30 pagi.
Dari RnR Machap Marshall dari SR membawa kami ke RnR Layang utk bergabung dgn ahli SR yg lain sebelum berkonvoi ke DDBR.




Jam 3ptg kami semua telah selamat sampai ke DDBR.




DDBR merupakan sebuah hotel lama dimana tiada phone interkom dan keadaan sedikit uzur. Remote aircond juga tiada terpaksa minta housekeeping on kan aircond. Keadaan bilik air juga agak kotor terutama bath tab memang tidak boleh mandi di situ. Kejadian power trip juga sering berlaku

Selepas minum petang jam 5 diadakan aktiviti sukaneka untuk semua ahli keluarga. Acara ala2 amazing race utk lelaki dewasa dan pompuan. Kanak2 pula acara sukaneka.
Malam adalah acara kemuncak iaitu Makan Malam. Keadaan hotel nampaknya terlalu tidak sesuai untuk majlis makan malam besar kerana mereka terpaksa meletakan meja tambahan hingga jauh dari pentas utama. Akibatnya org meja belakang bukan sahaja tidak nampak malah tidak dengar kerana PA system juga agak lemah. Makanan pula seperti bukan masakan hotel tetapi seperti tempahan katering ala bajet. Padahal kami bayar harga bilik dan makanan adalah berasingan dan dikira setiap kepala. Dalam erti kata lain hotel ini MAHAL tapi facility MURAHAN.

Acara makan malam termasuklah pakaian beragam kanak2, cabutan bertuah, minum susu botol baby tapi yg minum org dewasa dan kereta Exora tercantekk yg dimenangi saudara Zul Basri EOCM707 dari CR.
Penggunaan pentas tidak lama kerana pihak hotel sibuk nak mengemas cepat hanya sampai jam 11:30 sahaja. Tetapi rakan2 yg masih tidak boleh tidur terubat bila mereka boleh menggunakan bilik karaoke hingga jam 3pagi.

ceritera