Year End Gathering (YEG) yg ke 3 bagi kelab EOCM telah berlangsung pada 3-4 Dis 2011. Kali ini region SR (southern region) yang mengambil tempat untuk menjadi tuan rumah. Acara ini telah berlangsung di Desaru Damai Beach Resort (DDBR) dan dihadiri 110 ahli EOCM.
Ahli-ahli dari CR (Central Region) dan NR (North Region) telah bergabung di RnR Seremban pada Sabtu 3Dis sejak jam 3 pagi. Sebelum itu warga NR sejak tgh malam telah gerak dari utara utk bergabung di RnR Seremban.
Sebanyak 80++ Exora berkonvoi ke CP2 RnR Machap dan dibahagikan kepada 4 kumpulan yg dijaga Marshall masing2 yg telah dilantik dikalangan ahli EOCM juga. Jam 8 pagi konvoi bergerak sampai di RnR Machap jam 10.30 pagi.
Dari RnR Machap Marshall dari SR membawa kami ke RnR Layang utk bergabung dgn ahli SR yg lain sebelum berkonvoi ke DDBR.
Jam 3ptg kami semua telah selamat sampai ke DDBR.
Jam 3ptg kami semua telah selamat sampai ke DDBR.
DDBR merupakan sebuah hotel lama dimana tiada phone interkom dan keadaan sedikit uzur. Remote aircond juga tiada terpaksa minta housekeeping on kan aircond. Keadaan bilik air juga agak kotor terutama bath tab memang tidak boleh mandi di situ. Kejadian power trip juga sering berlaku
Selepas minum petang jam 5 diadakan aktiviti sukaneka untuk semua ahli keluarga. Acara ala2 amazing race utk lelaki dewasa dan pompuan. Kanak2 pula acara sukaneka.
Malam adalah acara kemuncak iaitu Makan Malam. Keadaan hotel nampaknya terlalu tidak sesuai untuk majlis makan malam besar kerana mereka terpaksa meletakan meja tambahan hingga jauh dari pentas utama. Akibatnya org meja belakang bukan sahaja tidak nampak malah tidak dengar kerana PA system juga agak lemah. Makanan pula seperti bukan masakan hotel tetapi seperti tempahan katering ala bajet. Padahal kami bayar harga bilik dan makanan adalah berasingan dan dikira setiap kepala. Dalam erti kata lain hotel ini MAHAL tapi facility MURAHAN.
Acara makan malam termasuklah pakaian beragam kanak2, cabutan bertuah, minum susu botol baby tapi yg minum org dewasa dan kereta Exora tercantekk yg dimenangi saudara Zul Basri EOCM707 dari CR.
Penggunaan pentas tidak lama kerana pihak hotel sibuk nak mengemas cepat hanya sampai jam 11:30 sahaja. Tetapi rakan2 yg masih tidak boleh tidur terubat bila mereka boleh menggunakan bilik karaoke hingga jam 3pagi.
No comments:
Post a Comment