Thursday, December 08, 2011

EOCM Y3G Day 2

Kami bangun awal untuk bersarapan yg hanya menyediakan nasi lemak dan meehoon goreng. Selepas itu aktiviti bebas dimana kami kebanyakan mandi di kolam mandi.
Tghari ada disediakan makan tghari sebelum kami checkout dan pulang semula ke CR. Untuk konvoi balik tiada konvoi rasmi. CR terbahagi kepada 3 group konvoi. Pertama group Zan Botak dimana dia hanya mahu singgah di Ayer Hitam sahaja lps tu terus balik (ni paling awal sampai KL) kedua group Jajahan Ganazz mereka pusing2 bandar JB - agak lewat pagi juga sampai KL. Last group yg aku joint yg diketuai Prez EOCM sendiri (30++ exora). Lain2 ada juga tidak ikut konvoi mana2 balik dgn rancangan sendiri
Rancangan kami mula2 nak pergi ke JOP (Johor Outlet Premium) tapi bila tgk jalan masuk yg penuh dgn kereta kami tak jadi masuk. Perjalanan diteruskan ke Ayer Hitam untuk membeli belah kat situ. Selesai Ayer Hitam pun dah nk maghrib kami singgah di RnR Pagoh.
 Selepas pagoh kami exit Merlimau utk ke Serkam Ikan Bakar. mungkin terkejut dgn kehadiran 30 biji exora tuan kedai makan itu tidak dapat menghidangkan dgn cepat melihatkan pekerjanya pun kurang. Aku dan Mdshaari meminta kensel order dan bergerak dahulu meninggalkan rakan lain yg sabar menanti lauk makan malam.
Kami (aku dan mdshaari) berhenti makan di restoran tomyam tepi jalan dalam perjalanan kami pulang. Sampai di ALor gajah Mdshaari singgah ke rumah ibunya manakala aku meneruskan perjalanan ke Plus Alor Gajah utk ke Port Dickson. Sekian sudah catatan perjalanan kami.

No comments:

ceritera