Monday, May 27, 2013

Trip to USS - Dalam USS



Disebabkan kitaorg sampai awal kitaorg g duduk dalam cafe kt luar USS dulu. Lagipun cuaca hujan lak aritu. Rugi gak separuh hari sebab xboleh nak main permainan dalam hujan. Nak jalan pun terhad dgn memakai poncho S$3 satu.
Untuk budak2 bermain die ada ukuran ketinggian. Mana yang xlepas diorg masih boleh bermain tapi dgn ditemani ibubapa/penjaga. Oklah tu drp xdpt masuk terus. Jadi bagi aku berbaloi gak masuk bawak kanak2 walaupun ketinggian anak aku yang ke2 tu memang xlepas.
Banyak juga permainan yang boleh diikuti kanak2 walaupun diorg totally xboleh nak main roller coaster yg khas utk dewasa. Cuma aku malas nak main permainan yg terpaksa basah jd kitaorg xmain yg itu.
Paling lama aku terpaksa tunggu ialah masuk kt Transformers. Yang ni aku dan anak sulong aku jer masuk. Sebab anak ketiga dan kedua langsung xboleh masuk jadi wife aku kene tunggu kat luar sambil tu diorg g ke permainan lain.
Secara keseluruhan memang puashati bermain didalam USS walaupun bayar mahal. KEbanyakan permainan  anak aku berumur 3-7 tahun ni boleh bermain dengan puas. Lain kali datang membawa baju tukar supaya bleh main permainan air pulak. Xbyk pun permainan air ada dalam 2-3 jer.
Kalau boleh pergi awal2 pagi jam 10 di hari cerah supaya boleh bermain kesemua permainan sebab ada gak permainan yg aku xdpt main disebabkan kesuntukan masa. USS tutup jam 6ptg.

Ni antara gambar sempat aku snap lain byk kt hp wife aku





























Trip to USS - Perjalan Pergi

Akhirnya masa ditunggu telah tiba.. Trip to Universal Studio Singapore

Jumaat jam 2 pagi aku gerak dari KL ke JB. Singgah Tmn Mutiara Rini Jalan Jasa umah adik aku utk amik mak aku g ke USS skali. Bodohlah contractor buat taman ni bercelaru no Jalan die. Tak ikut turutan. Agak berpusing2 aku nak cari jalan masuk rumah adik aku.

Lepas subuh berehat jap kitaorg gerak ke Plaza Tol Tuas. Tol Malaysia RM7.50. Masuk ke Singapore macam biasa, tak banyak kereta masuk ke Singapura tapi tgk yang nak masuk ke Malaysia banyak giler..panjang beratur tu..

Untuk kali ke2 aku buat Autopass. Yang kali pertama aku buat kat Woodland check point kan dah hilang dalam singapore sbl ni siap kene buat report polis sana. Kali ni kad baru dah tiada cip. Plain jer kadnya.. Jadi masalah gak kad baru ni sebab ada antara tempat parking guna reader lama xboleh baca kad baru..
Kat Tuas ni lembap sikit tak macam kt Woodland cepat jer nak buat Autopass.

Dari check point Tuas kitaorg terus melalui AYE sampai terlepas masuk ke pusat bandar. Disini menunjukan yg Singapore xkesah pasal signboard utk pelancong berkereta sebab tiada langsung sign board exit ke Pulau Sentosa. Kalau kat Malaysia berlambak signboard utk exit ke tempat menarik pelancongan.

Aku buat U turn, tgk google map dan agak2 jer nak exit aku masuk ke jalan teluk belangah. PErghh nasib baik betul jalan depan sikit ada tulis Sentosa Gateway. Jalan utama masuk ke Pulau Sentosa.

Ikut jer jalan tu akan ada exit untuk park kt Resort World iaitu tempat USS itu berada. Max parking sini S$26. Aku xkisah janji bleh bawak kete sbb aku dengan anak2 skali. Kalo pergi bujang blehlah nak bajet2 naik MRT jer datang sini lg murah.

Kitaorg sampai awal dlm jam 9pagi. Jadi parking lot berdekatan ngan escalator naik ke USS ada banyak lagi. USS buka jam 10pagi. Sebab masa balik aku tgk penuh parking lot ni.

Tuesday, May 14, 2013

Tempahan Airasiago - Parkroyal on Beach Road Singapore

Cuti sekolah akhir bulan May ni aku dah tempah tiket USS. Lama dah ngidam nak pergi akhirnya dapat gak beli tiket. Jadi alang2 dah masuk singapura kita tidurlah sana sekali. Perghhh harga hotel kat kawasan Pulau Sentosa memang mahal. Lagi dekat dengan tarikh kita nk pergi lagi mahal jadinya.

Kenapa aku memilih Airasiago untuk menempah Hotel? Sebabnya harga bilik yang ditawarkan di web ini sama sahaja dengan website lain cuma berbeza cara pembayaran di mana sebangai rakyat malaysia kita boleh buat online banking transfer.
 Maksudnya tidak perlu menggunakan kad kredit. Jika di website lain terpaksa membayar menggunakan kad kredit. Aku manalah ada kad kredit bayaran semua tunai. Hehehehhe.

Pakroyal on Beach Road berada diluar drp Pulau Sentosa. Aku akan checkin selepas puas di USS. Aku memilih hotel ini selain ia 4 star hotel, biliknya juga agak luas 34 meter persegi. Lokasinya berhadapan dengan Arab Street. Jadi waktu malam boleh berjalan di area Arab Street untuk makan malam. Parking dan wifi percuma.

Gajah di Sunway Pyramid






Satey Willy - Ramal Junction


Jalan2 putrajaya singgah sebentar di Ramal Junction Kajang. Tengok ramai orang beratur beli satey willy sebelum ni. Jadi aku beli bungkus nak merasa gak kesedapannya.
Tunggu punya tunggu sejam lebih baru dapat sateynya. Tips: beli makan lagi cepat drp beli bungkus sebab ada orang yang order lambat tapi makan disitu dapat dulu.
Balik makan dirumah ermmmm sedap gak satey willy ni. Daging satey agak besar hampir menyerupai satey station dengan harga lagi murah RM0.70 sebatang (satey station RM1).
Kuah kacang dia lak tidak terlalu manis macam Satey Kajang tapi tiada sambal. Bagi aku okla kuah die mcm tu cuma kalo die haluskan sket kacang die lagi sedap.


Restoran Postcode - Bdr Sri Permaisuri

Minggu lepas secara tak sengaja aku layari web living social yg menawarkan diskaun coupon. Sekali tu ada lak discount 50% untuk ala cart kt Restoran Postcode beli dan boleh diguna terus.
Aku beli voucher RM40 dengan harga RM19.
Patutla dia boleh bagi diskaun voucher, harga makanan die mahal laaa.. Nasi lemak ayam pun dah RM10++.   Dan patutla orang agak tidak ramai ke restauran situ sebab disekeliling situ banyak lagi restauran yang menawarkan makanan dengan harga patut.
Maaflah bukan nak kasi down tapi restauran sekeliling pun sedap makanan die dan harga lebih murah.






GShock GA300A-2A

Menambah koleksi jam, model keluaran Feb2013 GShock GA300A-2A pilihan isteri tercinta.
Nak tau spec die lebih detail klik GA300A-2A




Metallic Shadow
These new GA Series models pack combination analog and digital timekeeping in a highly popular large case. Moving gears present the internal mechanical workings of the watch for a multi-dimensional design. A dial at 10 o'clock shows more information about stopwatch timing. A pair of high-luminance LEDs provide a higher level of brightness that reflects off the metallic finish of the hands and hour markers for a look that is cool and high-tech. All of this plus outstanding shock resistance, 200-meter water resistance, and magnetism resistance make these watches as practical as they are fashionable.
  • Mineral Glass
  • Shock Resistant
  • Magnetic Resistant
  • 200-meter water resistance
  • Case / bezel material: Resin
  • Resin Band
  • LED light (Super Illuminator)
    Auto light switch, selectable illumination duration, afterglow
  • World time
    29 time zones (48 cities + coordinated universal time), daylight saving on/off, Home city/World time city swapping
  • 1/100-second stopwatch
    Measuring capacity: 999:59'59.99''
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown timer
    Measuring unit: 1 second
    Input range: 1 minute to 24 hours (1-minute increments and 1-hour increments)
  • 5 daily alarms (with 1 snooze alarm)
  • Hourly time signal
  • Full auto-calendar (to year 2099)
  • 12/24-hour format
  • Button operation tone on/off
  • Regular timekeeping
    Analog: 2 hands (hour, minute (hand moves every 20 seconds))
    Digital: Hour, minute, second, pm, month, date, day
  • Accuracy: ±15 seconds per month
  • Approx. battery life: 3 years on SR927W × 2
  • Size of case: 55.1 X 52.2 X 16.5 mm
  • Total weight: 72.3 g
  • LED:White

ceritera