Tuesday, May 14, 2013

Tempahan Airasiago - Parkroyal on Beach Road Singapore

Cuti sekolah akhir bulan May ni aku dah tempah tiket USS. Lama dah ngidam nak pergi akhirnya dapat gak beli tiket. Jadi alang2 dah masuk singapura kita tidurlah sana sekali. Perghhh harga hotel kat kawasan Pulau Sentosa memang mahal. Lagi dekat dengan tarikh kita nk pergi lagi mahal jadinya.

Kenapa aku memilih Airasiago untuk menempah Hotel? Sebabnya harga bilik yang ditawarkan di web ini sama sahaja dengan website lain cuma berbeza cara pembayaran di mana sebangai rakyat malaysia kita boleh buat online banking transfer.
 Maksudnya tidak perlu menggunakan kad kredit. Jika di website lain terpaksa membayar menggunakan kad kredit. Aku manalah ada kad kredit bayaran semua tunai. Hehehehhe.

Pakroyal on Beach Road berada diluar drp Pulau Sentosa. Aku akan checkin selepas puas di USS. Aku memilih hotel ini selain ia 4 star hotel, biliknya juga agak luas 34 meter persegi. Lokasinya berhadapan dengan Arab Street. Jadi waktu malam boleh berjalan di area Arab Street untuk makan malam. Parking dan wifi percuma.

No comments:

ceritera