Akhirnya masa ditunggu telah tiba.. Trip to Universal Studio Singapore
Jumaat jam 2 pagi aku gerak dari KL ke JB. Singgah Tmn Mutiara Rini Jalan Jasa umah adik aku utk amik mak aku g ke USS skali. Bodohlah contractor buat taman ni bercelaru no Jalan die. Tak ikut turutan. Agak berpusing2 aku nak cari jalan masuk rumah adik aku.
Lepas subuh berehat jap kitaorg gerak ke Plaza Tol Tuas. Tol Malaysia RM7.50. Masuk ke Singapore macam biasa, tak banyak kereta masuk ke Singapura tapi tgk yang nak masuk ke Malaysia banyak giler..panjang beratur tu..
Untuk kali ke2 aku buat Autopass. Yang kali pertama aku buat kat Woodland check point kan dah hilang dalam singapore sbl ni siap kene buat report polis sana. Kali ni kad baru dah tiada cip. Plain jer kadnya.. Jadi masalah gak kad baru ni sebab ada antara tempat parking guna reader lama xboleh baca kad baru..
Kat Tuas ni lembap sikit tak macam kt Woodland cepat jer nak buat Autopass.
Dari check point Tuas kitaorg terus melalui AYE sampai terlepas masuk ke pusat bandar. Disini menunjukan yg Singapore xkesah pasal signboard utk pelancong berkereta sebab tiada langsung sign board exit ke Pulau Sentosa. Kalau kat Malaysia berlambak signboard utk exit ke tempat menarik pelancongan.
Aku buat U turn, tgk google map dan agak2 jer nak exit aku masuk ke jalan teluk belangah. PErghh nasib baik betul jalan depan sikit ada tulis Sentosa Gateway. Jalan utama masuk ke Pulau Sentosa.
Ikut jer jalan tu akan ada exit untuk park kt Resort World iaitu tempat USS itu berada. Max parking sini S$26. Aku xkisah janji bleh bawak kete sbb aku dengan anak2 skali. Kalo pergi bujang blehlah nak bajet2 naik MRT jer datang sini lg murah.
Kitaorg sampai awal dlm jam 9pagi. Jadi parking lot berdekatan ngan escalator naik ke USS ada banyak lagi. USS buka jam 10pagi. Sebab masa balik aku tgk penuh parking lot ni.
No comments:
Post a Comment