Pagi2 aku dah gerak daripada Kota Bharu. Pak Uda aku syorkan gerak awal sebab takut jalan sesak orang nk 'belarok' (orang konvoi hantar pengantin). Seperti aku tulis post yg lepas di Kelantan sepanjang hari cuti sekolah ada majlis perkahwinan diadakan.
Aku singgah sarapan kat Restoran Pohon Jati Kuala Krai. Disini ada roti canai yang sedap dan semestinya orang melayu yang buat.
Restoran Pohon Jati |
Dalam jam 1 lebih kami dah sampai area Cameron aku terus g ke Ladang Teh Sungai Palas. Dapat laa minum2 teh dan makan kek dulu untuk alas perut.
Daripada Sg Palas baulah aku pergi ker Country Lodge Resort kat Brinchang untuk checkin. Aku dah booking awal2 di booking.com. Senangnya booking.com tak perlu bayar dulu, bayar masa checkin nanti.
Malam kami jalan2 ke pasar malam Berinchang. Macam2 barang ada kt sini daripada makanan hingga ke souvenier.
Esoknya pagi2 kami gerak pergi ke Kea Farm Market sarapan disana terus. Senang datang awal pagi untuk parking. Di sini memborong sayur dan souvenier.
Selepas itu kami melawat tempat cactus plak.
Dan masuk ke taman Strawberry
Balik KL aku ikut Tapah terus keluar PLUS.
Untuk rekod aku isi minyak full kat Kota Bharu sampai KL baru habis jarak perjalanan yang berbukit-bukau total 550km dengan Proton Exora CPS manual ku.....