Monday, March 10, 2014

MyExora - Cermin Pecah




Ini kisah amik kereta lepas cat. Ada pulak retak kat cermin depan kereta aku. Apalagi kena laa pergi balik minta diorang ganti rugi. Tapi aku pun ada tolak ansur sebab diorang pun macam susah nak ngaku. Jadinya diorg uruskan claim cermin aku dengan insurance lebih diorang tambah. Sebab aku insured RM500 jer tapi kosnya RM650.

Leceh satu lagi bila lepas tukar cermin ni nk kena pasang tinted. Ye laa sekarang kan musim panas. Berpinau gak la bawa kereta waktu tengahari. So semalam balik daripada Port Dickson aku singgah kedai Eleven A kat Nilai 3 (ni tempat aku pasang DVD player). Tapi kt branch lagi satu. Bukan jauh pun diantara 2 kedai dia ni.

Aku amik tinted yg ada IR. Dia siap ada tinted tester boleh tau ketelusan cahaya dan kepanasan. Memang ada tinted biasa harga 100++ tapi tahap kemasukan panas tu tinggi. Lagipun untuk cermin depan ketelusan cahaya dibenarkan adalah 70% sahaja. Maksudnya tinted kena terang dalam 70%, 30% gelap.

Gelap atau tidak bukan faktor utama kereta jadi lebih sejuk ke tidak. Itu semua bergantung pada tahap kemasukan panas atau heat rejection. Ini terbukti dengan test mengunakan tinted tester tadi.
So aku amik yang bagus sket dimana heat rejectin 75% means tahap kemasukan panas cuma 25%. Harga ditawarkan RM250 daripada RM350.


Nah baru lega aku bawak kereta di tengah panas... hehehehe
Alaaaa gamba kedai dan jenis tinted lupe nak ambil pulakkkk....

No comments:

ceritera